Kata Anas bin Malik:

Rasulullah saw merupakan manusia yang paling berakhlak mulia, amat berlapang dada dan terlalu penyayang.

Suatu hari, baginda meminta saya pergi menyelesaikan satu urusan. Lalu saya pun keluar.

Sedangkan ketika itu saya pergi bermain dengan rakan sebaya saya di pasar. Maka saya tidak pergi ke tempat yang Rasulullah maksudkan.

Sesampainya saya ke tempat rakan-rakan saya, saya rasa ada orang berdiri di belakang saya dan dia memegang baju saya….

Saya pun berpaling, saya lihat Rasulullah tersenyum seraya berkata:

“Wahai Unais (panggilan manja Anas b Malik), adakah kamu telah pergi ke tempat yang saya suruh tadi?”

Saya rasa bersalah dan saya berkata:

“Baiklah. Saya akan pergi sekarang juga wahai Rasulullah.”

Demi Allah!

Saya telah berkhidmat dengan Nabi saw selama 10 tahun. Tidak pernah sekali pun Rasulullah berkata:

“Mengapa kamu buat begitu…” jika saya melakukan sesuatu.

Apabila saya tidak melakukan sesuatu perkara, baginda juga tidak pernah berkata:

“Mengapa kamu tidak melakukannya…”

[Dr Abdul Rahman Ra'fat al-Basha, 65 Gambaran Kehidupan Sahabat Jilid 1]

*

Kita mahu umat ini sadar bahawa mereka lebih kita sayangi daripada diri sendiri.

Hanya jika mereka membenarkannya, sudah pasti mereka kita belai dan kita usapi dengan penuh kasih sayang.



BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive