bismillah....

Alhamdulillah..segala puji hanya untuk ALLAH....atas semua nikmat yang ALLAH bagi hingga hari ini....terutamanya nikmat Islam dan Iman..mahupun, iman ini dok tengah tunggang terbalik sekarang....huu3....apepun hari nih, nak kongsi cerita tentang satu ayat dalam Al-Anfal yang terdapat dalam kalamullah.....

"....Kamu menghendaki harta benda duniawiyah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untukmu). Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

(Surah Al-Anfal: 67)

kalau kita baca dan dalami balik ayat di ats, betul laa tue...itulahh kita!!...Kita yang selalu sungguh2 nak kejar harta benda duniawi....kejar nak dapat result cemerlang dlam exam, pastu nak keje gaji besar2, beli umah dan krete besar..dan sbgainya....kalau boleh kita nak semua yang terbaik daripada ALLAH supaya kita jadi orang terhormat di muka bumi ini, dan dgan kate lain, kte nak sentiasa berada d zon selesa dan selamat!!....Tetapi, kerana ALLAH itu Maha Mengetahui, Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, maka tak semua permintaan kita ini, kita akan kecapi apetah lagi nak dapat dengan mudah....boleh capai tapi menuntut kesabaran yang tinggi..menuntut usaha yang luar biasa yang pada masa yang sama di bawah redha ALLAH....ALLAH janji dalam Al-Anfal:66....

orang yang sabar itu mampu nak kalahkan musuh2 dan org2 kafir....

".....Jika ada 100 orang yang sabar, nescaya mereka dapat kalahkan 200 org musuh, dan jika antara kamu ada 1000 org yang sabar, nescaya mereka dapat kalahkan 2000 org dengan izin ALLAH....."

Nah, luar biasa hebat ALLAH janjikan buat orang2 yang sabar....dan ketahuilah diri dan sahabat, ALLAH bersama orang2 yang sabar (Al-Anfal:66).....Subhanallah..maha suci ALLAH....mungkin kita memandang remeh erti sabar..maklumlah hidup kita mungkin tak secabar hidupnya rakyat2 Palestin atau mungkin kita taklah berada di zaman Rasulullah SAW yang menuntut kita untuk sangat bersabar bagi menegakkan kalimah tauhid di muka bumi ALLAH ini..dengan kata lain, kita ini berada di zon yang selesa..hinggakan ujian sekecil dapat markah rendah dlam exam, atau bergaduh dengan kawan kerna hal seekor kucing pun, kita dah anggap itu satu ujian besar yang menjadikan kita tidak sabar....malah, kita asyik bertanya2 di mana hakku Ya ALLAH, mengapa doa2 ku tidak dimakbulkan lagi,kenapa nak buat baik pun org tak terima.......tanpa kita ambil tak peduli tentang apa sebenarnya peranan kita sebagai hamba....solat pun tak khusyuk2 lagi, hati pun tak bersih2 lagi dan sebagainya....kata @(^_^)@, tugas kita hanya usaha, sesungguhnya keputusan ALLAH lah yang terbaik dan tiada pertikaian dengan keputusan ALLAH....usaha, doa, tawakal, redha...Jom kita soroti kisah Nabi Yusuf A.S..bagaimana Nabi Yusuf meletakkan usaha untuk bebas daripada penjara....

Dan Yusuf berkata kepada orang yang diketahuinya akan selamat diantara mereka berdua: "Terangkanlah keadaanku kepada tuanmu." Maka syaitan menjadikan dia lupa menerangkan (keadaan Yusuf) kepada tuannya. Karena itu tetaplah dia (Yusuf) dalam penjara beberapa tahun lamanya (Surah Yusuf: 42)

Namun, walau sudah letakkan usaha di situ, tapi, perancangan ALLAH lain pula..malah lebih baik dan terbaik, apabila kita tengok pengakhiran kisah Nabi Yusuf ini, dalam doanya....

Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian takwil mimpi. (Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang saleh (Surah Yusuf: 101)

Benarlah kata ALLAH..kita ini mahu sangat kejar harta benda duniawi dan kadangkala takde nilai kesabaran dalam usaha ke arah itu, malah berputus asa lagi...tapi, ketahuilah diri dan sahabat...ALLAH tak mendatangkan ape yang kita mahu atau ALLAH lambatkan masa untuk beri kita sesuatu kerana ALLAH menghendaki yang terbaik buatmu, bukan saja di dunia tapi ALLAH menghendaki pahala akhirat buatmu....itu janji ALLAH dalam Al-Anfal:67.....Alhamdulillah..segala puji bagi ALLAH....

Maka, adakah pantas untuk kita putus asa, lagi tak sabar, serta tak bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang....Muhasabah buat diri ini juga, adakah kita telah letak ALLAH yang teratas pada kecintaan kita pada keluarga, harta benda, kerjaya dan sebagainya?? Pernahkah kita menitiskan air mata kerna rasa jauhnya kita dengan-NYA, tapi selalu je kita menitiskan air mata kerna hal2 dunia yang sementara ini.....sama2 laah check diri, IKHLASkah aku dalam usaha ke arah itu, IKHLASkah aku dalam usahaku ke arah ini....pandangan diri ini, biarlah benda yang paling disukai diletakkan ke tepi sebentar, hingga benar2 ALLAH menjadi tujuan utama....Wallahualam....

kumenulis kerana ALLAH,
ifbt1



Bismillah....

Alhamdulillah..segala puji hanya untuk ALLAH....hurm2..rasa dah barhabuk kot blog nihh, lame tak menuliss....fuhh2..

putus asa tiada dalam kamus jihadnya,
ALLAH mempunyai perancangan tersendiri....

hari nih nak share something....satu kisah yang ALLAH nukilkan dlam Al-Quran dalam surah Al-Maidah, ayat 78 dan 79..

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh (Al-Maidah:78)

Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan (Al-Maidah:79)

Dalam ayat 78, ALLAH mengkhabarkan pada kita semua, ALLAH melaknat Yahudi dari Bani Israel dalam kitab Zabur yang diturunkan pada nabi Daud dan kitab Taurat yang diturunkan pada nabi Isa...Kerana apa sahabat2????Kerana mereka menderhaka dan menceroboh...menderhaka??menceroboh???

Lantas ALLAH kecilkan lagi skop ciri2 orang2 Yahudi yang menderhaka dan menceroboh yg dilaknat ALLAH ini dalam ayat yang ke -79...iaitu kerana mereka x melarang sesama mereka dari perbuatan mungkar....nah!! Muhasabah sebaiknya ayat ALLAH ini..pertama kali ALLAH melaknat orang Yahudi Israel bukanlah kerana mereka ini berbunuhan, bukanlah kerana mereka melakukan kemungkaran lain, tapi kerana mereka tak cegah kemungkaran di depan mata.....

Sahabat,tengok saje diri sendiri dan orang sekeliling kita...kemungkaran berleluasa hari ini..usah dituding orang lain..diri sendiri pun, banyak sungguh bende2 jahiliyah yang masih tidak dbuang..d mana letakkannya ALLAH dalam hati kita???? adakah kita sudah benar2 letakkan ALLAH d atas kecintaan kita pada manusia, kerjaya, harta benda, anak2 dan sebagainya???? Jom kita buka lembaran kitab Al-Quran sekali lagi, yang menceritakan kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan ALLAH menyembelih anak sendiri, Nabi Ismail....anak kurniaan ALLAH yang dilahirkan tatkala Nabi Ibrahim sudah tua usianya, tatkala selepas bertahun2 berdoa dan memohon pada ALLAH untuk dapatkan cahaya mata..lepas itu, kene sembelih pula..Tatkala ini, iman Ibrahim teruji....

Tengok apa pilihan Ibrahim....ALLAH tetap di tempat yang teratas..cinta ALLAH tetap yang tertinggi dari cintanya pada anaknya...lalu, pembuktian cinta pada yang maha Esa dilaksanakan....
Percayalah sahabat, kerana cinta yang tinggi dan teragung hanya pada yang satu, ALLAH, ada orang yang berjuang dengan penuh kesenian di medan tempur untuk mendapatkan syahid dan redha-NYA.....

Berbalik pada ayat ke-79 Surah Al-Maidah tadi....suka nak ingatkan sekali lagi....orang Yahudi Israel itu pertama kali dilaknat kerna x mampu nak cegah kemungkaran....Jom kita ikuti rentetan peristiwa di sebalik ayat ini.....

Ada seorang Yahudi, melihat kawannya melakukan kemungkaran lalu menegur sahabat tersebut,tapi keesokan harinya kelihatan dua sahabat ini berpegangan tangan berjalan bersama, menandakan sahabat ini REDHA dengan apa yang kawannya semalam perbuat....

Hari ini..kemungkaran di depan mata...kadang2 yang perbuat kemungkaran adalah org2 terdekat..namun, tak mampu lagi untuk kita menegur lagi2 mencegah sendiri dengan tangan kita....tidak takutkah kita dilaknat ALLAH sepertimana kaum Yahudi bani Israel itu???? Nauzubillah....sama2lah kita fikir2kan....tugas kita, misi kita, sebab kita dturunkan di zaman yang penuh dengan jahiliyah ini, bukan saja2...tapi, ade urgensi besar yang perlu kita laksanakan....

'Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam' (Surah Al-An'am: 162)
with love,
intan


BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive