Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang =) =)


******


@(^_^)@ gembira dan senang hati pabila sahabatnya gembira dan mula menulis yang gembira2 sahaja....moga kamu tetap gembira dan senyum selalu....seorang sahabat yang baik, ye!, tidak mahu melihat sahabatnya berduka seorang diri sahaja apetah lagi kedukaannya pada hal2 yang tak sepatutnya dibicarakan serta boleh mnyimpang jauh dari jalan ketaqwaan....

******
My best friend dearest,
Bagaimana imanmu hari ini?

******

Kisah pemidahan Qiblat baru kaum Muslimin dari Ka'abah ke Jurusalem meninggalkan sejuta tanda tanya pada semua. Mengapa Ka'abah yang menjadi titik penyatuan dan kebanggaan umat Islam terpaksa ditinggalkan kerana hanya itu merupakan perintah Allah..Manakala Jurusalem yang menjadi pusat penyembahan Yahudi dan Nasrani kini menjadi Qiblat kaum Muslimin....

16 bulan berqiblatkan Jurusalem tentulah tempoh yang getir dan sulit bagi Nabi dan para sahabat.. Mana tidaknya, mereka dicemuh oleh org Yahudi dan Nasrani ,
"Muhammad menyuruh kita mengikutnya, tapi dia sendiri bersembahyang berqiblatkan kita"..
Tuduhan demi tuduhan dilemparkan, namun tiada jawapan yang diberikan..Dalam diam, ya!, Rasulullah inginkan Kaabah semula.....

Sebenarnya fitrah manusia mahukan sesuatu yang dirasakan terbaik untuknya....
Begitu juga Rasululullah SAW, di balik tohmahan Yahudi Nasrani, baginda mahukan Kaabah semula....Baginda sering menjenguk-jenguk wajah ke langit mengharapkan wahyu dari Allah (2:144)

Namun, Baginda tidak terburu2, malah tidak zahirkan keinginannya kerna dia memahami erti mengutamakan Allah....Jika itu yang diperintahkan Allah padanya, pasti ada hikmah di sebalik peristiwa itu

Selepas 16 bulan, turun wahyu dari Allah (2:144) ..perintah megubah kembali qiblat kaum Muslimin ke arah Kaabah (MasjidilHaram)....Ketentuan dari Allah yang betul2 menyennagkan hati Rasulullah SAW dan para sahabat....

Di sini, Rasulullah SAW mengajarkan kita untuk UTAMAKAN ALLAH!!

Kadangkala, ketetapan Allah tidak mudah diterima dan diredhai oleh hati kecil kita..Tapi, ketahuilah, apa2 yang ditetapkan Allah untuk kita, adalah yang paling baik dan yang terbaik!....

******



BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive