Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang =) =)

*******************************************

Esok cuti! Seronoknya....

Sempena sambutan MaalHijrah....Pemberian satu hari cuti yang sudah tentu bukan saja2..

Tapi menuntut kita memutar kembali lembaran sejarah....penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah..meninggalkan kampung halaman yg berpuluh tahun menetap ke tempat baru yang tentu menuntut jihad yang sangat besar untuk sesuaikan diri pada keadaan dan persekitaran baru yang sangat asing....namun, kerana Allah..kerana perintah dan suruhan Allah...Rasulullah SAW dan para sahabat sami’na wa atho’na....[aku dengar dan aku taat]....bukan satu kerja mudah....

Hingga nak diceritakan kisah Abu Bakar yang homesick2 sampai demam2 tatkala tiba di Madinah [factor lain: peralihan cuaca]. Dia tahu hijrahnya untuk Islam. Dia sanggup tinggalkan keselesaan hidup yang dinikmati sekian lama bukanlah senang dan mudah. Abu Bakar satu2 nya sahabat yang langsung menginfaqkan kesemua hartanya untuk Islam. Tiada langsung yang tersisa untuk keluarganya. Segala-galanya diserahkan pada Allah. Pabila perihal Abu Bakar diketahui Rasulullah SAW, Rasulullah SAW berdoa, Ya Allah, jadikanlah kami cintakan kota Madinah ini, seperti cinta kami pada Makkah atau lebih daripada itu...[HR Muslim]....

Jika direfleksikan pada situasi kita hari ini, bukanlah disuruh kita untuk berpindah randah dan mnjadi org nomad. Tapi, jadikan kisah ini sebagai satu inspirasi untuk kita berpindah, berubah, mengevolusikan, memajukankan diri kita masing2 ke arah yang lebih baik dan kalau boleh kita nak yang terbaik dalam pandangan Allah. Jika terpaksa berkorban perasaan,jiwa dan raga, harta benda, korbankanlah demi tertegaknya kalimah Allah dengan teguh di bumi Allah ini. Seperti perihalnya Abu Bakar tadi.

Ye sama2 kita semua usahakan ya..Caiyuk!


**************************************


-selamat menyambut maalhijrah dari kami-


BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive