Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang =) =)


Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman, "Barangsiapa memusuhi seorang wali-Ku, maka Aku akan mengisytiharkan perang ke atasnya. Seorang hamba-Ku tidak bertaqarrub (iaitu menghampirkan dirinya) kepada-Ku dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai
le
bih daripada amalan yang Aku fardhukan atasnya. Seseorang hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku menyintainya.

Apabila Aku sudah menyintainya, jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatanya yang dia melihat dengannya, jadilah Aku tangannya yang mana ia melakukan kerja dengannya. Jadilah Aku kakinya yang dengannya ia berjalan. Sekiranya ia meminta daripadaKu, Aku akan kurniakannya, dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu, nescaya Aku melindunginya.'

(Hadis Riwayat Bukhari)

"JIka mereka menyombongkan diri, maka mereka (malaikat) yang di sisi Tuhanmu bertasbih kepadaNya pada malam dan siang hari, sedang mereka tidak pernah jemu"

(Surah Fussilat: 38)




BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive