Jalan-jalan Tmn DR after 44 days confinemnent-with beloved zauj & Anis


Hadiah dari keluarga Kuala Pilah pada hari ke-2 confinement =)

Alhamdulillah, telah habis tempoh berpantang selama 44 hari. Basically, berpantang ini more kepada pantang-larang makanan yang tidak boleh dimakan utk proses penyembuhan luka dan perawatan semula tisu-tisu yang luka dalam rahim. Bagi saya, kesukaran yang saya hadapi sewaktu berpantang ialah tidak boleh minum air sejuk. Saya sendiri tidak tahu sejauh mana mechanisms dalam badan terganggu jika minum air sejuk masa pantang ini. Saya berpendapat deep study perlu dibuat berkenaan byk benda yang tidak boleh dilakukan masa berpantang. Barulah, para ibu di luar sana lebih jujur, selesa dan terbuka untuk mengikut sunnah orang-orang tua dalam berpantang. Ada sesetengah orang memanjangkan tempoh confinement ke 60 hari, ada juga hingga 100 hari. Jika melanggar sebarang larangan dalam tempoh berpantang, maka dipercayai perkara tidak diingini akan berlaku.

Isu Akidah yang Besar

Sebagai Muslim yang beriman kepada Allah, kita perlu percaya yang setiap kejadian yang berlaku pasti berlaku hanya dengan izin Allah. Jadi, kita memang totally kena sangkal yang perkara buruk yang berlaku dalam tempoh berpantang adalah kerana melanggar pantang-larang. Jika berlaku juga, itu hanya dengan izin dan kehendak Allah. Kepercayaan ini sama juga dengan kepercayaan bila mana cengkerik masuk rumah pasti akan berlaku musibah. Itulah semua adalah KHURAFAT yang boleh menggangu jejas hubungan,kepercayaan dan keimanan kita kepada Allah.

Meroyan (Postpartum depression (PPD)). Satu lagi terms dan perkara yang saya belajar daripada pengalaman yang tidak seberapa ini. Ia berlaku akibat kurangnya tidur,stress dengan masalah dan pertukaran hormon di dalam badan ibu selepas melahirkan anak. Symptoms bagi PPD ialah cepat marah, kemurungan, kesedihan, stress yang datang secara tiba-tiba dengan sebab atau tanpa sebab. Majority ibu akan mengalami semua symptoms  PPD ini. Bezanya, tahap PPD itu bergantung kepada sejauh mana mereka mengawal diri dan perasaan mereka. Kesan pada meroyan ini boleh membawa kepada penyakit gila (Psychose). Namun, jika ia berlaku, semuanya dengan izin Allah.

Tidak ada solusi lain utk mengubati penyakit jiwa ini selain daripada keterikatan hubungan kita dengan Allah melalui Al-Quran. Mana mungkin Allah akan menzalimi hambaNya yang sentiasa membaca dan mentadabur kata-kataNya saban waktu. Kerana mengingati Allah itu sendiri sudah cukup menjadi solusi ketenangan hati. 

" (iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram" (13:28)

"...Allah bersama-sama kita....." motivasi Abu Bakar As-Siddiq pada Rasulullah SAW sewaktu hati Baginda penuh galau dalam Gua Thur sewaktu peristiwa hijrah.

Seorang Pakar Psikatric Belanda pernah berkata, "Seseorang tidak akan dihinggapi penyakit jiwa jika dia berpegang tegung pada agama dan yakin pada Tuhan"

Wallahua'lam.


BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive