Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang =) =)

.....Notes in the biscuit......[nice pics]

"Dalam suka, ada duka...."

Itulah theme case study pada hari ini....
Ye! Manusia ini sangat pelbagai sekali characternya....Keadaan dan jiwanya juga sukar sekali untuk dijangka....Tatkala kita cuba mengadukan sesuatu pada sang hati, hati pasti memberi jawapan, 'Kamu je kot yang terlalu sensitif'. Ya..kadangkala diri terpaksa akur dengan nasihat si hati. Lalu, diri dipaksa berubah untuk menghargai setiap2 emosi manusia..[huuh..penat sekali]....

Ukhuwah itu tidak diukur di alam nyata....
Kerna sebenarnya ia wujud dalam jiwa...Dapat dikesan pada perasaan, jiwa dan tingkahlaku kita...Jika sudah kita katakan, kita berukhuwah kerana Allah, pasti kita akan diuji kerna Allah bukanlah Dzat yang terpedaya dengan kata2..tetapi memerlukan pembuktian dari sudut amal..

“Dua insan yang saling berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah..”
(HR Bukhari dan Muslim)

************
Itulah dia manusia yang sangat2 ingin ketemu....Sudah lama dicari persisnya, tapi hingga hari ini tidak kutemu walau satu..[sedihnye]...Rasululullah SAW....Luar biasa characternya..Di saat marah, tetap tersenyum, di saat dirundung duka tetap mampu menunjukkan qudwah pada sahabat2 yang lain..Kita hari ini bagaimana? Banyak yang negatifnya pada kita!

Adakah meletakkan Rasulullah SAW sebagai standard dalam memilih & menilai sahabat/manusia itu suatu yang wajar? Atau standard ini terlalu berat dan impossible untuk dicapai. Akhirnya, kekecewaan adalah titik akhir sesebuah perhubungan.

Pernahku dengar ungkapan ini entah di mana....

"Di jalan ini, kau dipertemukan dengan character2 hebat, Rasulullah SAW dan para sahabat…Umar, Uthman, Ali dan bnyk lagi…tapi, jalan ini langsung tidak mennutut engkau utk jadi mereka..kerana engkau tetap engkau..aku tetap aku..mereka tetap mereka..tapi, Allah mahukan kau contohi mereka supaya kau lebih kenal dengan penciptamu, supaya kau lebih dekat dengan Allah SWT...."

Ya saya setuju!


************
Jom sama-sama kita tengok kisah di sebalik Hadis 1.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Dengar sahaja tentang Hadis 1, faham sudah kita, hadis yang memperkatakan tentang niat & menuntut kita ikhlas. Hadith ini diturunkan tatkala ada seorang lelaki yang berhijrah dari Makkah ke Madinah semata-mata ingin menikahi seorang wanita bernama Ummu Qais. Walaubagaimanapun, hadis ini hanya disampaikan kepada seorang sahaja iaitu Umar Al-Khattab sahaja....Hurm kenape agaknya ye?

Tujuannya ialah ingin menjaga aib sahabat yang terpesong niatnya tadi..
Nah! Hebat dan terpuji sekali akhlak Rasulullah SAW. Baginda perlu menegur perbuatan yang salah, tapi, pada masa yang sama tetap menjaga hati para sahabat.

Lagi sekali, ingin ditanya. Peribadi kita bagaimana pula?

************
Seringkali kita lupa untuk bersyukur......

"...Tidak wajarkah aku menjadi hamba yang bersyukur" (Bukhari dan Muslim)

Itulah jawapan Rasulullah SAW tatkala Aisyah menanyakan perihal Rasulullah yang tak jemu beribadah sampai bengkak kakinya.

Dalam sibuk dan tensionnya pikiri masalah2 yang konon2nya terpaksa kita tempuh, kadangkala kita terlupa sesungguhnya masalah umat itu lebih besar dan dasyat yang lebih wajar untuk difikirin...[Lol]

********************




BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive