Tidak serius dalam beramal" Itulah masalah kita hari ini. Mungkin kita memilih untuk meletakkan keseriusan pada kerjaya, juga pada hal-hal yang keuntungan hasilnya dapat digapai dalam tempoh yang pantas, tetapi tidak pada perkara yang kemenangan dirasakan jauh lagi. Tiada usaha ke arah itu, atau mungkin ada usaha tetapi kurang serius, hasilnya? Kita masih di takuk lama. Orang beramal, kita juga beramal,tetapi adakah sama nilai amal mahupun usaha kita di pandangan mata Allah berbanding dia yang seriusnya melebihi kita.

Mari kita susuri perjalanan dakwah Abdul Fattah Abu Ismail, salah seorang pengikut Imam Hasan Al Banna yang sentiasa menjalankan tugas dakwahnya tanpa apa-apa keluhan walau sedikitpun.

Dialah yang disebutkan oleh Imam Hasan Al Banna di dalam Risalah Muktamar Kelima sebagai berikut :

“Sedikit sekali orang yang tahu ketika salah seorang pendakwah Ikhwan keluar dari tempat kerjanya pada hari Khamis petang, tiba-tiba sudah berceramah di Al Minya pada waktu Isya’. Di hari Jumaat ia menyampaikan khutbah di Manfaluth, Jumaat petangnya pula berceramah di Asyut dan setelah Isya’pada hari itu ia sudah berdakwah di Suhaaj. Kemudian ia kembali pada kebiasaannya iaitu pagi-pagi buta di hari berikutnya ia sudah berada di tempat kerjanya di Kaherah mendahului pekerja-pekerja lain.

Empat pertemuan besar di berbagai kota yang berjauhan mampu dijangkau oleh seorang pendakwah Ikhwan dalam waktu tiga puluh (30) jam, lalu ia kembali ke rumahnya dengan jiwa yang tenang dan hati yang damai seraya memanjatkan pujian ke hadhrat Allah atas taufiq yang dianugerahkan kepadanya dan tidak ada yang mengetahui perkara itu kecuali mereka yang mendengarnya.”

Dalam kisah ini, kita lihat bagaimana beliau sentiasa berpindah dari satu kota ke kota yang lain untuk menunaikan amanah dakwah dan setelah beliau menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya, ia merupakan orang yang pertama sekali tiba ke tempat kerjanya malah, ia yang membukakan pintu pagarnya.

Suatu ketika ia pernah mengalami keletihan hingga tertidur di atas sofa di rumah Zainab Al-Ghazali semasa beliau diutus untuk berbincang dengannya.

Melihat keadaan tubuhnya yang keletihan dan kepenatan itu, tuan rumah membiarkan tetamunya tertidur sampai ia terjaga.

Setelah menyampaikan amanah untuk Zainab Al Ghazali, Abdul Fattah Abu Ismail meminta izin untuk bergegas ke kota lain pula. Disebabkan keletihan yang dialaminya, Zainab Al Ghazali menghulurkan wang untuk beliau naik teksi.

Abdul Fattah Abu Ismail mengembalikan wang tersebut sambil mengatakan :

Dakwah ini tidak akan dapat dipikul oleh orang-orang yang manja.”

Zainab pun menjawab,

“Saya sering ke mana-mana dengan teksi dan kereta-kereta mewah, tapi saya tetap dapat memikul dakwah ini dan saya pun tidak menjadi orang yang manja terhadap dakwah. Oleh itu, gunakanlah wang ini, tubuhmu letih dan engkau memerlukan istirehat sejenak.”

Ia pun menjawab,

“Berbahagialah ibu. Ibu telah berjaya menghadapi ujian Allah swt berupa kenikmatan-kenikmatan itu, namun, saya khuatir saya tidak dapat menghadapinya sebagaimana sikap ibu. Terima kasih di atas kebaikan ibu. Biarlah saya naik kenderaan awam sahaja.”

Nah!Inilah karakter orang yang serius dalam amalnya!




Align Center

Tidak serius dalam beramal" Itulah masalah kita hari ini. Mungkin kita memilih untuk meletakkan keseriusan pada kerjaya, juga pada hal-hal yang keuntungan hasilnya dapat digapai dalam tempoh yang pantas, tetapi tidak pada perkara yang kemenangan dirasakan jauh lagi. Tiada usaha ke arah itu, atau mungkin ada usaha tetapi kurang serius, hasilnya? Kita masih di takuk lama. Orang beramal, kita juga beramal,tetapi adakah sama nilai amal mahupun usaha kita di pandangan mata Allah berbanding dia yang

Bismillahirrahmanirrahim....

..Rindu untuk menulis..Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah untuk menulis lagi..Beginilah, kehidupan....Penuh ranjau dan duri..Manis, sakit, jatuh, bangun dan kadangkala tidak berupaya lagi untuk bangkit..Benarlah janji Allah, tidak akan dibiarkan kita untuk mengatakan 'Aku sudah beriman', sebelum kita diuji...adakah benar2 sudah solidkah iman kita hanya pada Allah SWT..InsyaAllah, org2 beiman itu, cukuplah Allah dan Rasul itu menjadi motivasi dan inspirasi untuk terus kuat mengharungi arus dunia ini [hurm]

Tiada apa yang ingin dikongsikan sebenarnya..Akhir kata, ingin mengucapkan..

Hepy Mothers Day to my beloved Mama....

Tiap2 hari adalah hari untuk mama....Thank u mama for everything =)

Thank you ALLAH for giving me mama and abah =) =)
Love and Miss them much3....

with love,
ifbt1



Bismillahirrahmanirrahim....

Subhanallah....

"Dan kerna rahmatNya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, agar kamu beristirahat pada malam hari, dan agar kamu mencari kurnianya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur padaNya." (28:73)

Hendak dihitung kasih sayang Allah, perlindungan Allah, nikmat yang Allah beri itu cukup2 besar pada tiap seorang hambaNya. Namun ujian2 yang kecil seringkali dirasakan lebih besar hingga kita lupa yang byk sebenarnya yang Allah dah beri pada kita, buat kecukupan kita hidup di dunia ini. Mengapa kita tidak pernah bersyukur?

Bagaimana character orang bersyukur?

Orang Islam mukmin itu bersikap dengan tiap satu nikmat Allah itu dengan yang terbaik..

Jika diberi nikmat kesihatan, digunakan potensi diri sihat yang luar biasa itu untuk Islam...

Jika diberi nikmat pekerjaan/pelajaran yang sudah tentu tidak semua org perolehinya, digunakan pemberian Allah itu dengan terbaik, sunguh-sungguh belajar/bekerja kerana Allah....

Itulah character orang bersyukur.....

Dipersembahkan segalanya yang terbaik pada tiap satu pemberian Allah padanya...

Subhanallah....

Kita sudah benar-benar bersyukurkah?






-03.52am-ss14-



Bismillahirrahmanirrahim.

The answer is there....Subhanallah...

"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. Ikutilah agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan begitu (pula) dalam Al-Quran ini agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu, Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong"

(Al-Hajj: 78)



Bismillahirrahmanirrahim....






Rindu bau pohon tin…..

Antara banyak-banyak buku ilmiah yang dibeli dan menimpa nasib terbiar tidak dibaca, hanya buku ini punya kuasa tarikan untuk terus dan terus membacanya….Walau pada permulaan pembacaan, sempat juga hati berbisik, ‘wahai buku, nampaknya engkau bakal menerima nasib yang sama dengan rakan2 kau yang lain’..Tapi, akhirnya bermula dengan kisah di medan Mut’ah itu, ia sangat memikat hati..Subhanallah….

Mencari spirit yang hilang, itu matlamatnya…Entah ke mana2 perginya….Dulu ia tidak begini, itu sudah pasti.…Hingga mabah pun cakap mereka dah tak nampak along yang mereka kenali dulu =( ..spirit yang hilang..mana perginya?

Zaman persekolahan sangat seronok =) =)

Masih teringat di waktu Ramadhan terakhir sewaktu di sekolah menengah….Bangun sahur memang sesuatu yang ditunggu-tunggu di kala semua orang dok asyik dibuai mimpi [ade la misi jahiliyahnya time tue,he3]….waktu time2 subuh tue memang sangat seronok, suasana yang cukup tenang dan nyaman, ditambah dengan sayup2 kedengaran alunan suci ayat Al-Quran bertujuan membangunkan pelajar-pelajar, cukup mendamaikan..Ramadhan tahun itu....mengajar saya erti hidup pada memberi =)

Begitulah kisahnya sejarah….Membawa sinar harapan….yang kita bukanlah kita yang hari ini. Kita juga produk masa lalu yang penuh keceriaan dan kegembiraan.

Kini saya sedang berada di medan ujian..Kamu juga saya pasti, kerna dunia itu medan ujian....Benarlah hidup ini tak lari daripada perjuangan, yang menuntut kita untuk JIHAD! Benarlah, pabila disandarkan segalanya pada dunia dan isinya, dunia terus berkalih dan kita jatuh tersungkur, kerna hakikatnya dunia hanya mahukan yang selesa-selesa, kesenangan, kemenangan, kejayaan juga kecemerlangan. Bertambah parah dan sakitlah kita. Jika begitu, pada siapa kita nak bersandar nih?

Allahuakbar..Subhanallah…Yang akan memimpin kita tiap saat dalam perjalanan hidup kita itu ialah…

Allah…..Sayang Allah…..

Subhanallah…Sayangnya Allah pada kita, dipandangnya kita dengan pandangan penuh rahmat….

Bagaimana pula bukti kita sayang Allah?

Ketika azan dilaungkan, urusan kerja/belajar kita lebih utamakan daripada urusan dengan Allah….

Ketika mendengar seruan azan, bos yang memanggil lebih kita sukai daripada menyahut seruan Allah…

Kita lambat-lambatkan solat! Kita meremehkan solat! Kita bersolat pabila semua urusan duniawi kita dah selesai!

Tengoklah nilai cinta kita pada Allah…..

Benarkah itu namanya cinta dan sayang?

Lihat peribadinya Rasulullah SAW, manusia yang paling mencintai Allah. Tatkala sedang bercakap-cakap dengan isteri yang paling dicintainya, Aisyah RA, pabila seruan Allah memanggil, terus serta-merta masing-masing meninggalkan perbicaraan dan menyahut seruan Allah untuk solat! Hinggakan mereka lupa terus dengan perkara yang dibincangkan sebentar tadi.Subhanallah, cinta Allah itu lebih besar bagi mereka!

Roh solat adalah khusyuk. Solat yang tak khusyuk ibarat mencipta kain buruk!

Kisah hadisatun khansin (Kebun 5000). Diceritakan adalah seorang pemilik kebun di zaman Rasulullah SAW. Satu hari, sembahyanglah dia di kebunnya. Sewaktu solat, perihal kebun mengganggu solatnya. Dia tidak khusyuk. Lalu, ia berjumpa dengan orang-orangan dan menjual kebunnya dengan harga 5000. Menjual kebun kerana menggangu ibadahnya yang paling utama iaitu SOLAT. Itu baru solat sunat, dah terus jual harta dunianya. Buktinya? Di zaman Rasulullah SAW, tiap-tiap waktu solat fardhu pasti akan dilaksanakan secara berjemaah, yang didirikan berseorangan itu hanya solat-solat sunat. Jika yang tidak berjemaah, pastilah ia di kalangan munafik!

Dari Abu Hurairah RA telah berkata: sabda Rasulullah SAW, “Solat yang paling berat antara orang munafik ialah Solat Isya’ dan Fajar, dan jikalau mereka tahu kebaikan solat jemaah pada kedua-duanya, pasti mereka akan mendatangi kedua-duanya walaupun dalam keadaan merangkak”

[Muttafaqun alay]

Subhanallah….

Kita lebih suka untuk mengeluarkan duit yang banyak bershopping, tapi tak mampu nak menjejakkan kaki ke rumah Allah walaupun ianya hanya free….

Kita lebih sanggup berpergian ke tempat kerja yang jauh berbatu-batu, lagi2 memakan masa hampir 1 jam setiap hari, tapi tidak sanggup untuk ke rumah Allah yang hanya memakan masa 5 minute berjalan kaki sahaja ….

Seorang akhi bertanya bolehkan kita solat berjemaah tetapi di rumah bersama keluarga dan anak-anak?

“Sunnah siapa yang kamu ikut ini? Pernahkah Rasulullah mengajar kita untuk melakukan yang sedemikian?”

“Sesungguhnya, solatlah kalian sebagaimana melihat aku solat”

[Muttafaq ‘Alaih]

Begitulah yang diajar Rasulullah SAW.

Sahabat,

Takutnya…..

Jika kita tergolong dalam golongan orang bersolat yang disebutkan Allah dalam Al-Ma’un: 4-5

“Maka celakalah orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dalam solatnya”

Nauzubillahi minzalik….


Bismillahirrahmanirrahim.


Kebaikan itu susah22222 sangat nak buat..Pabila ditanya pada sahabat2, mereka boleh pu

"walau kte hilang duit atau masalah lain, yg pnting di hati jgn hilang allah"

" muhasabah diri sblm solat, selepas
takot kita akn putus asa dgn kesibukan
manusia perlu berehat
bukan robot"



Bismillahirrahmanirrahim....

Nampaknya sangat hot ye issue

Bismillahirrahmanirrahim....

'Orang yang tidak memiliki, takkan mampu memberi'

Membaca post seorang sahabat sebentar tadi membuatkan saya terinspirasi untuk menulis lagi..katanya, hati yang kosong lagi2 kosong dengan iman dan ilmu, tidak mampu untuk berkongsi kebaikan dengan orang lain....[hu3]....

Teringat pada satu kisah,



Bismillahirrahmanirrahim.




Bismillahirrahmanirrahim.


Kemenangan adalah milik Allah. Jika Dia belum mahu memberikannya kepada kita, maka kita takkan pernah memperolehnya. Kita selalu tertipu. Merasakan bahawa kemenangan itu milik kita, hak kita, bahawa dengan segala amal dan usaha yang kita lakukan, kita pasti menang. Sehinggakan kita terkeliru, tersilau mata. Memfokuskan kepada kemenangan, bukan pada amal dakwah yang berterusan.

Kita harus memahami realiti dakwah. Ia bersifat Robbani. Kita menyeru manusia kepada Allah, menegakkan hukum-hukum Allah. Dakwah ini bukan milik kita, ia adalah amanah. Amanah yang wajib kita sandarkan kepada-Nya. Apabila Dia menentukan bahawa sudah tiba masanya kita menang, maka pasti tidak ada yang dapat menghalang. Jika masih belum nampak bibit-bibit kemenangan, kita harus terus beramal dan berjihad tanpa sedikitpun meragui akan kehendak Allah.

Maka kemenangan, adalah sebuah anugerah Allah. Apabila Allah memberikannya kepada kita, itu bererti sudah selayaknya kita memperolehnya. Jika belum, ertinya kita belum layak memperolehnya. Boleh jadi kesediaan kita belum cukup untuk menggalas segala amanah-amanah pasca kemenangan tersebut. Maka masa, bukanlah sebuah indikator sesebuah kemenangan. Sekalipun sebuah perjuangan itu memakan masa puluhan tahun, bahkan ratusan tahun, belum menjadi penguat bahawa kita harus menang, kerana ia adalah sebuah ketentuan Allah!

Kita tahu bahawa kita bukan pemula sebuah perjuangan menegakkan agama Allah. Kita adalah penerus kepada tali-tali rantainya. Dan hujungnya belum tentu kita. Kita mungkin akan bisa merasa kemenangan tersebut, atau kita mungkin mati sebelum tertegak agama ini di seluruh pelusuk bumi. Apa yang paling penting, kita mengambil posisi penerus dakwah yang tidak kenal henti berjuang dan tidak menggantungkan usaha kepada hasil.

Taujih Robbani itu selalu menyeru kita agar ikhlas dalam perjuangan. Tidak merasa besar dengan amal kita, tidak menggantungkan kekuatan pada jumlah kita. Lihat sahaja dalam kisah perang Hunain ketika Umat Islam itu ramai, namun Allah memberikan pelajaran dengan menangguhkan kemenangan untuk Umat Islam.

Firman Allah:

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu menjadi bongkak karena banyaknya jumlah (mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dengan bercerai-berai.” (At-Taubah: 25)

Sudah tiba masanya kita tidak bermain-main dalam melaksanakan dakwah ilallah. Ketika Allah memilih kita untuk diberikan nikmat besar ini, janganlah kita mengabaikan dan menolaknya, lalu menjadikannya sebagai tugas sampingan. Takut-takut bila sampai masa kemenangan, kita tidak berada bersama-sama dalam angkatan yang memperjuangkannya.

Bersyukurlah, apabila Allah terus memberikan kesempatan dan ruang untuk kita beramal. Jangan dirisaukan akan kemenangan dan jangan dijadikan ia pelemah kepada amal, kerana KEMENANGAN ADALAH MILIK ALLAH!

“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat. (An-Nasr: 1-3)

Kemenangan besar yang kita semua inginkan adalah kita mati dalam keadaan Allah meredhai kita, bahkan lebih istimewa kita gugur ketika sedang melaksanakan tugas-tugas dakwah.

Wallahua’lam.

(inspirasi jiwa, 2011)



Bismillahirrahmanirrahim.





Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang =) =)
Bismillahhirrahmanirrahim.


Bismillahirrahmanirrahim


Kenduri Kahwin Orang Sunnah yang Menyalahi Sunnah

(Tulisan Ustaz Emran Ahmad, dipetik dari http://www.ustaz.blogspot.com/)

Ramai anak-anak muda Islam yang berhasrat untuk bernikah merasa ghairah dengan impian masing-masing untuk mengadakan kenduri kahwin mereka mengikut ajaran sunnah. Malangnya mereka sendiri terkeliru dan tidak tahu bagaimanakah bentuk kenduri kahwin yang mengikut sunnah nabi salallahualaihiwassalam.

Ada yang berkata kenduri kahwin mengikut sunnah itu ialah dengan mendapat restu ibubapa, ada yang berkata kenduri kahwin sunnah itu pula adalah dengan mengadakan jamuan kambing kerana nabi suruh mengadakan walimah (kenduri nikah) walaupun dengan seekor kambing.

Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda yang bermaksud : “ Adakanlah Walimah (kenduri kahwin) sekalipun dengan seekor kambing.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kambing bukan ukuran sunnah

Walimah atau kenduri kahwin dianjurkan oleh Islam untuk dilaksanakan sebagai tanda kesyukuran oleh pihak pengantin kerana telah diberikan oleh Allah swt dengan rezeki pernikahan. Maka penganjuran walimah (kenduri nikah) ini dilakukan semata-mata sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt dan untuk berkongsi nikmat kebahagiaan dan kegembiraan dengan orang-orang lain. Apabila disebut sebagai tanda kesyukuran, maka ianya tidak pernah dihadkan oleh Allah swt dan juga oleh rasulullah akan batas-batas nilai kendurinya tetapi sebaliknya diberikan kemudahan kepada umat Islam untuk mengadakan majlis kesyukuran nikah atau disebut sebagai walimah dan kenduri nikah ini menurut kemampuan diri mereka sendiri.

Allah swt berfirman : “Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya.” (Al-Mukminun : 62) Rasulullah salallahualaihiwassalam sendiri pernah mengadakan majlis kesyukuran atau kenduri kahwin dengan hanya menjamu kurma yang telah dibuang bijinya dan dicampur susu atau gandum kepada para sahabat radiallahuanhum sempena perkahwinan baginda dengan Shofiyah binti Huyai bin Akhtab.

Oleh yang demikian, suka sekali saya katakan bahawa Sunnah yang pertama bagi kenduri kahwin ialah “Menzahirkan Kesyukuran kepada Allah swt” melalui jamuan makan kepada orang ramai dan memiliki rasa berterima kasih serta menghargai nikmat perkahwinan yang telah diberikan sebagai amanah Allah swt untuk saling bantu-membantu di atas taqwa bagi melayari bahtera rumahtangga.

Syukur tidak bernilai jika ada perbuatan kufur


Macam mana anda boleh mengatakan bahawa jamuan pernikahan ini sebagai syukur dan menzahirkan rasa terima kasih kepada Allah swt apabila keluarga pengantin lelaki dan keluarga pengantin perempuan sejak dari awal-awal lagi kufur kepada Allah swt dan tidak menghargai nikmat ukhuwah dan perkenalan anak-anak mereka dengan meletakkan harga maskahwin dan belanja hantaran nikah yang begitu tinggi kerana beranggapan status dan kedudukan anak-anak mereka perlu diberi perhatian dengan menjadikan hantaran mahal dan belanja nikah sejajar dengan kedudukan.

Siapa anda berbanding Nabi ? Siapa anak gadis anda berbanding anak-anak rasulullah ? Sedang Fatimah kekasih hati rasulullah pun bernikah dengan belanja sekadar hasil gadaian dari baju besi ! Syukurlah kepada Allah swt kerana telah menyelamatkan anak-anak anda daripada dosa zina, syukurlah kepada Allah swt kerana telah menemukan jodoh kepada anak-anak gadis anda dengan lelaki yang sudi menikahi dan menjaganya. Buktikanlah tanda syukur dengan mempermudahkan nikah mereka dan mengurangkan belanja perkahwinan mereka agar tidak sampai kepada membebankan bakal pengantin lelaki dan keluarga pasangan.

Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Sebaik-baik pemberian mahar adalah yang paling memudahkan.” (Hadis riwayat Hakim)
Manakala dalam hadis yang lain menyebut tentang betapa Islam mengalakkan mempermudahkan urusan agama seperti kenduri kahwin dan sebagainya agar ianya dapat dilaksanakan sekadar menurut kemampuan manusia sehingga tidak perlu dan tidak patut urusan teknikal seperti ini menjadi sebab-sebab halangan pernikahan.

Maka zahirkanlah kesyukuran wahai ibubapa dengan memudahkan urusan mengadakan kenduri perkahwinan ini sekadar kemampuan pihak yang menganjurkannya kerana itulah sunnah rasulullah salallahualaihiwassalam. Jauhilah pembaziran dan kemewahan yang tidak perlu kerana sesungguhnya seburuk-buruk belanja pernikahan ialah pada jalan kemasyhuran dan kebesaran yang membawa kepada kemurkaan tuhan.

Allah swt berfirman yang bermaksud : “Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu berbelanja secara boros terhadap hartamu. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat engkar kepada Tuhannya.” (Al-Isra : 27)
Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam : “ Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sifat sombong sekalipun hanya sebesar zarah.” (hadis riwayat Muslim)

Usahlah bersombong dan berbongkak dengan majlis keraian dan sambutan pernikahan yang meriah dan gemilang kerana kebahagiaan anak-anak dan mereka yang bernikah bergantung kepada keredhaan Allah swt bukannya kepada kegemilangan majlis tersebut.


Yang kebulur tidak dijemput yang kenyang dan gemuk itu pula yang diajak datang

Sudah jadi budaya orang zaman sekarang apabila mereka berasa mulia dengan kedatangan orang-orang kaya dan pembesar-pembesar manusia di dalam majlis mereka sekalipun dikalangan muda-mudi yang bernama sunnah.

Sedangkan baginda rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Janganlah bersahabat kecuali dengan orang-orang yang beriman dan janganlah memakan hidangan kamu kecuali orang yang bertaqwa.” (hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jemputlah orang yang bertaqwa, anak-anak orang susah dan janda serta fakir miskin untuk mendatangi hidangan jamuan pernikahan kerana itulah sunnah dan bukannya menjemput mereka sebagai tetamu sampingan anda tetapi sebaliknya kepada merekalah jamuan pernikahan itu sepatutnya diadakan.

Firman Allah swt yang bermaksud : “Tahukah kamu (orang-orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, Dan tidak menganjurkan memberi Makan orang miskin.” (Al-Ma’un : 1-3)

Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam lagi : “Seburuk-buruk makanan yang dijamu ialah hidangan dalam majlis kenduri perkahwinan apabila orang-orang kaya dijemput dan orang-orang miskin tidak dijemput.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ingatlah selalu dalam Islam VVIP bagi umat ini ialah orang yang bertaqwa, orang alim dan anak-anak yatim serta fakir miskin dan mereka yang berada di dalam kesusahan.

Mereka inilah VVIP dan orang besar yang perlu diberi perhatian kerana rezeki dan pertolongan Allah swt kepada anda sebenarnya bergantung kepada mereka.

Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam : “Tidaklah Kamu diberikan pertolongan dan rezeki oleh Allah melainkan kerana bantuan kamu kepada orang-orang yang lemah di sisi kamu.” (hadis riwayat Bukhari)

Anak-anak yatim itu bukan tetamu sampingan tetapi merekalah tetamu utama dan ini ialah Sunnah dalam mengadakan jamuan pernikahan.

Apabila prinsip-prinsip Sunnah di atas telah terpelihara seperti menjaga kebajikan orang-orang susah, mencapai maksud kesyukuran melalui kenduri perkahwinan yang diadakan maka janganlah pula anda yang menganjurkannya kemudian mencemari majlis untuk mensyukuri nikmat Allah swt tersebut dengan maksiat.

Warna-warni kenduri perkahwinan di Malaysia

Allah swt berfirman yang bermaksud : “Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu.” (Al-Ahzab : 33)

Kain satin yang licin sehingga mengundang mata-mata liar untuk memandang, baju kurung dan kain sampin yang dipakai sebagai hiasan kemegahan semuanya bukanlah membawa kepada kesyukuran dan kegembiraan yang dibenarkan. Dipersilakan buat pengantin untuk mengadakan jamuan dengan menjemput artis nasyid untuk menghiburkan tetamu, atau permainan akrobatik, wayang kulit, ceramah agama sebagai pengisian majlis, silakan kerana ianya bukan bid’ah yang dilarang bahkan termasuk adab dan akhlak pihak penganjur majlis untuk menghiburkan tetamu.


Adakanlah syair dan pertandingan berbalas pantun, ya silakan kerana tiada kesalahan.
Tetapi pakaian anda yang berkilau-kilauan, sendat kain satin dan baju kurung yang cantik mempesonakan itu sudah bukan sahaja menjadi bid’ah yang tercela bahkan termasuk tabarruj yang diharamkan. Asingkanlah tempat duduk lelaki dan wanita dalam majlis kerana Allah swt berpesan kepada kita supaya saling menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan.

Jauhilah ikhtilat (percampuran bebas) lelaki dan wanita yang sering wujud dalam majlis-majlis perkahwinan. Malulah kerana sesungguhnya malu itu sebahagian daripada Iman.


Kenapa kau tabarruj wahai pengantin ?

Allah swt berfirman : “Wahai anak Adam, Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. dan pakaian takwa Itulah yang paling baik. yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, Mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Al-A’raaf : 26)

Raja sehari bukan daripada adat dan amalan umat Islam bahkan bukan sekali dalam amalan rasulullah salallahualaihiwassalam. Pada hari perkahwinan dan hari jamuan pernikahan bukan engkau yang makan dan dilihat oleh orang ramai atau bersanding dan didatangi oleh orang kebanyakkan tetamu lelaki dan perempuan. Bukan engkau yang makan tetapi harus orang yang susah itu yang makan dan engkau wahai pengantin seharusnya tunggu dan tidak makan kerana melayani mereka. Itulah sunnah dan keraian sebagai tanda kesyukuran. Pengantin jadi pelayan dan melayani tetamu kerana itulah sunnah walimah pernikahan.

Sahl bin Saad ra memberitahu bahawa Abu Usaid as-Sa’idi mengundang rasulullah ke majlis jamuan pernikahan beliau dan ketika itu isterinya yang menjadi pengantin perempuan itulah yang sibuk melayani tetamu dan keperluan mereka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Beza sunnah dan bid’ah ialah apabila pengantin yang melahap sakan, makan dengan hidangan mewah yang berbeza dari tetamu yang lain sementara orang ramai berdiri meraikan mereka konon-kononnya merekalah raja seharian. Itulah pembuat bid’ah di kalangan orang-orang Sunnah, mentah akal dan lemah pemikiran dalam memahami sunnah beragama dan bukanlah mereka pemuda dan pemikul amanah ummat, sekali tergoda oleh pakaian yang smart habis jatuh kredebiliti dan ketegasan beragama kepada adat dan khurafat. Kesimpulannya, sukalah sekali saya rumuskan. Yang sudah itu sudahlah, yang akan datang maka perbaikilah. Masih ada masa untuk kita semua insaf dan bertaubat sebelum ajal datang menghambat. Lurus katakan lurus, yang bengkok katakan bengkok. Jelaskanlah yang sunnah daripada yang bid’ah agar kelak perkahwinan anda dapat membawa berkat dan semoga rumahtangga anda aman dan selamat.

Segala puji hanyalah bagi Allah swt.




Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang =) =)



Islam telah memberi tuntutan adab yang sangat agung dalam isu adabul isti’zan ini. Jika isu ini dipertengahkan Allah dan Rasul, sudah tentulah tuntutan amal adab meminta izin ini harus kita ambil serius dan bukan sambil lewa. Ini semua adalah demi menjaga kemaslahatan ummat juga.

Minta izin sangat diperhatikan dan diperincikan dalam Islam kerna ia sangat berkait rapat dengan hak seseorang, ia juga sangat berkaitan dengan perihal akhlak. Orang yang tidak meminta izin/ tiada adab dalam meminta izin boleh dikatakan orang yang meremehkan orang lain. Orang yang meremehkan orang lain tidak ubah seperti sifat si iblis yang bongkak, meremehkan ciptaan Allah, Adam, kerna mengangap dirinya lebih mulia dan hebat. Ingat sahabat2! Merasakan diri serba cukup itu ciri-ciri taghut yang boleh membawa pada riak, sombong, meremehkan orang lain, dan akhirnya jadilah tak ubah seperti taghut. Nauzubillah.

Meminta izin pada ketua

Hak pemimpin itu haruslah diTAATI. Jom kita lihat Al-Ahzab ayat 43-47, mengajar kita untuk meminta izin pada ketua. Kenapa kita kena minta izin pada pemimpin? Mengapa segalanya harus meminta izin pada ketua? Tapi, ketahuilah, yang mengajar kita meminta izin pada ketua itu bukanlah ketua itu sendiri tetapi Allah dan Rasulullah SAW. Meminta izin pada kiadah inilah yang diajar oleh Allah dan Rasulullah dalam jalan tarbiyah dan dakwah. Subhanallah….jika kita menentang keras semua arahan manusia di bumi Allah, tetapi pantaskah kita ingin menentang arahan dan tunjuk ajar Allah melalui Rasulullah SAW yang diceritakan oleh Allah dalam Al-Ahzab: 43-47? Perintah Allah bukan saja buat manusia di zaman Rasulullah SAW, tetapi insyaAllah, untuk kita pewaris risalah nabi, sudah tentu sunnah nabi dan sahabat jangan kita tingglkan. Persoalannya ialah, bagaimana the best adab untuk meminta izin pada ketua?

Situasi lain yang menuntut kita meminta izin

a) Kita nak pergi ke rumah seorang sahabat. Kena minta izin dahulu. Jika tidak dibenarkan datang, kita memang tak boleh datang. Kerana sahabat kita itu tahu masa itu tidak sesuai untuk diziarahi yang mana pada waktu itu hak2 pada tetamu tidak dapat dipenuhi kerana tuntutan lain. Mungkin punyai kerja yang banyak, atau dalam keadaan emosi tidak stabil, takut-takut terkena tempias yang tidak baik pula pada tetamu, yang boleh mengguris hati mereka. Kita patutnya appreciate sahabat kita yang berterus-terang dengan jujur kerana itu adalah salah satu cara menjaga persahabatan.

b) Apabila berjanji dengan kawan/keluarga, kita mesti penuhi janji. Jika berjanji pada pukul 12 tghri, kita perlu berusaha berjumpa dengannya tepat pada masa yang dijanjikan atau lebih awal lagi. Jika kita ada musykilah, cepat2 minta izin lebih awal untuk hadir lewat, supaya sahabat kita tadi tidak ternanti-nanti. Ingatlah, jika kita lambat, kita telah mengambil hak (masa) sahabat kita tadi disebabkan masalah peribadi kita sendiri.

c) Meminta izin terlebih dahulu untuk menggunakan barang/khidmat orang lain.
Jom tengok situasi di bawah.
‘Assalamualaikum wbt. tolong hantarkan saya ke universiti petang nih’.
Ini cara minta izin yang salah. Kita tak minta izin pun dulu, dan terus dengan pengarahan tanpa pedulikan musykilah yang dihadapi oleh sahabat kita itu. Mungkin sahabat kita tue ade kuliah ke, takpun ada masalah kewangan ke, kita langsung tidak peduli. Dapat pula sahabat yang tak reti nak menolak, tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu. Jadi benda2 macam ini sangat kena jaga untuk menjaga kemaslahatan, jaga ukhuwah.

========================================================

Rasulullah SAW bersabda, ‘Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman.’
Mereka bertanya, ‘Siapa, ya Rasulullah?’

Beliau menjawab, ‘Orang yang tetangganya merasa tidak aman dari keburukannya’
(Muslim & Ahmad)

Tetangga..jiran yang tinggal berhampiran rumah kita..Itulah maksud tetangga yang sering kita tahu. Tetapi, konteks tetangga itu sendiri sebenarnya sangat meluas kerana ia juga boleh merujuk orang2 terdekat di sekeling kita termasuklah pada roomates, housemates, ahli keluarga, sahabat2 dan manusia keseluruhannya....

Misalnya, seorang yang suka mendengar lagu, dan sering memasang lagu sekuatnya di bilik, dan rakan sebiliknya yang sedang study terganggu...Dengan begitu, ia terkena hadis di atas.

Bayangkan juga seorang yang berjanji dengan temannya untuk pergi makan pada masa sekian2, tetapi, tepat pada masa sekian2, teman itu baru hendak solat dan membaca Al-Quran...Juga, ia terkena dengan hadis tersebut.

Bukankah kita tidak boleh memisahkan ibadah dan akhlak? Tanpa salah satu daripadanya maka tidak sempurna dan pasti ada cacat celanya amalan kita itu.

with love,
ifbt1


Kenduri Kahwin Orang Sunnah yang Menyalahi Sunnah

(Tulisan Ustaz Emran Ahmad, dipetik dari http://www.ustaz.blogspot.com/)

Ramai anak-anak muda Islam yang berhasrat untuk bernikah merasa ghairah dengan impian masing-masing untuk mengadakan kenduri kahwin mereka mengikut ajaran sunnah. Malangnya mereka sendiri terkeliru dan tidak tahu bagaimanakah bentuk kenduri kahwin yang mengikut sunnah nabi salallahualaihiwassalam.

Ada yang berkata kenduri kahwin mengikut sunnah itu ialah dengan mendapat restu ibubapa, ada yang berkata kenduri kahwin sunnah itu pula adalah dengan mengadakan jamuan kambing kerana nabi suruh mengadakan walimah (kenduri nikah) walaupun dengan seekor kambing.

Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda yang bermaksud : “ Adakanlah Walimah (kenduri kahwin) sekalipun dengan seekor kambing.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kambing bukan ukuran sunnah

Walimah atau kenduri kahwin dianjurkan oleh Islam untuk dilaksanakan sebagai tanda kesyukuran oleh pihak pengantin kerana telah diberikan oleh Allah swt dengan rezeki pernikahan. Maka penganjuran walimah (kenduri nikah) ini dilakukan semata-mata sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt dan untuk berkongsi nikmat kebahagiaan dan kegembiraan dengan orang-orang lain.

Apabila disebut sebagai tanda kesyukuran, maka ianya tidak pernah dihadkan oleh Allah swt dan juga oleh rasulullah akan batas-batas nilai kendurinya tetapi sebaliknya diberikan kemudahan kepada umat Islam untuk mengadakan majlis kesyukuran nikah atau disebut sebagai walimah dan kenduri nikah ini menurut kemampuan diri mereka sendiri.

Allah swt berfirman : “Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya.” (Al-Mukminun : 62)

Rasulullah salallahualaihiwassalam sendiri pernah mengadakan majlis kesyukuran atau kenduri kahwin dengan hanya menjamu kurma yang telah dibuang bijinya dan dicampur susu atau gandum kepada para sahabat radiallahuanhum sempena perkahwinan baginda dengan Shofiyah binti Huyai bin Akhtab.

Oleh yang demikian, suka sekali saya katakan bahawa Sunnah yang pertama bagi kenduri kahwin ialah “Menzahirkan Kesyukuran kepada Allah swt” melalui jamuan makan kepada orang ramai dan memiliki rasa berterima kasih serta menghargai nikmat perkahwinan yang telah diberikan sebagai amanah Allah swt untuk saling bantu-membantu di atas taqwa bagi melayari bahtera rumahtangga.

Syukur tidak bernilai jika ada perbuatan kufur

Macam mana anda boleh mengatakan bahawa jamuan pernikahan ini sebagai syukur dan menzahirkan rasa terima kasih kepada Allah swt apabila keluarga pengantin lelaki dan keluarga pengantin perempuan sejak dari awal-awal lagi kufur kepada Allah swt dan tidak menghargai nikmat ukhuwah dan perkenalan anak-anak mereka dengan meletakkan harga maskahwin dan belanja hantaran nikah yang begitu tinggi kerana beranggapan status dan kedudukan anak-anak mereka perlu diberi perhatian dengan menjadikan hantaran mahal dan belanja nikah sejajar dengan kedudukan.

Siapa anda berbanding Nabi ? Siapa anak gadis anda berbanding anak-anak rasulullah ? Sedang Fatimah kekasih hati rasulullah pun bernikah dengan belanja sekadar hasil gadaian dari baju besi !

Syukurlah kepada Allah swt kerana telah menyelamatkan anak-anak anda daripada dosa zina, syukurlah kepada Allah swt kerana telah menemukan jodoh kepada anak-anak gadis anda dengan lelaki yang sudi menikahi dan menjaganya. Buktikanlah tanda syukur dengan mempermudahkan nikah mereka dan mengurangkan belanja perkahwinan mereka agar tidak sampai kepada membebankan bakal pengantin lelaki dan keluarga pasangan.

Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Sebaik-baik pemberian mahar adalah yang paling memudahkan.” (Hadis riwayat Hakim)

Manakala dalam hadis yang lain menyebut tentang betapa Islam mengalakkan mempermudahkan urusan agama seperti kenduri kahwin dan sebagainya agar ianya dapat dilaksanakan sekadar menurut kemampuan manusia sehingga tidak perlu dan tidak patut urusan teknikal seperti ini menjadi sebab-sebab halangan pernikahan.

Maka zahirkanlah kesyukuran wahai ibubapa dengan memudahkan urusan mengadakan kenduri perkahwinan ini sekadar kemampuan pihak yang menganjurkannya kerana itulah sunnah rasulullah salallahualaihiwassalam.

Jauhilah pembaziran dan kemewahan yang tidak perlu kerana sesungguhnya seburuk-buruk belanja pernikahan ialah pada jalan kemasyhuran dan kebesaran yang membawa kepada kemurkaan tuhan.

Allah swt berfirman yang bermaksud : “Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu berbelanja secara boros terhadap hartamu. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat engkar kepada Tuhannya.” (Al-Isra : 27)

Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam : “ Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sifat sombong sekalipun hanya sebesar zarah.” (hadis riwayat Muslim)

Usahlah bersombong dan berbongkak dengan majlis keraian dan sambutan pernikahan yang meriah dan gemilang kerana kebahagiaan anak-anak dan mereka yang bernikah bergantung kepada keredhaan Allah swt bukannya kepada kegemilangan majlis tersebut.

Yang kebulur tidak dijemput yang kenyang dan gemuk itu pula yang diajak datang

Sudah jadi budaya orang zaman sekarang apabila mereka berasa mulia dengan kedatangan orang-orang kaya dan pembesar-pembesar manusia di dalam majlis mereka sekalipun dikalangan muda-mudi yang bernama sunnah.

Sedangkan baginda rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Janganlah bersahabat kecuali dengan orang-orang yang beriman dan janganlah memakan hidangan kamu kecuali orang yang bertaqwa.” (hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jemputlah orang yang bertaqwa, anak-anak orang susah dan janda serta fakir miskin untuk mendatangi hidangan jamuan pernikahan kerana itulah sunnah dan bukannya menjemput mereka sebagai tetamu sampingan anda tetapi sebaliknya kepada merekalah jamuan pernikahan itu sepatutnya diadakan.

Firman Allah swt yang bermaksud : “Tahukah kamu (orang-orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, Dan tidak menganjurkan memberi Makan orang miskin.” (Al-Ma’un : 1-3)

Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam lagi : “Seburuk-buruk makanan yang dijamu ialah hidangan dalam majlis kenduri perkahwinan apabila orang-orang kaya dijemput dan orang-orang miskin tidak dijemput.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ingatlah selalu dalam Islam VVIP bagi umat ini ialah orang yang bertaqwa, orang alim dan anak-anak yatim serta fakir miskin dan mereka yang berada di dalam kesusahan.

Mereka inilah VVIP dan orang besar yang perlu diberi perhatian kerana rezeki dan pertolongan Allah swt kepada anda sebenarnya bergantung kepada mereka.

Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam : “Tidaklah Kamu diberikan pertolongan dan rezeki oleh Allah melainkan kerana bantuan kamu kepada orang-orang yang lemah di sisi kamu.” (hadis riwayat Bukhari)

Anak-anak yatim itu bukan tetamu sampingan tetapi merekalah tetamu utama dan ini ialah Sunnah dalam mengadakan jamuan pernikahan.

Apabila prinsip-prinsip Sunnah di atas telah terpelihara seperti menjaga kebajikan orang-orang susah, mencapai maksud kesyukuran melalui kenduri perkahwinan yang diadakan maka janganlah pula anda yang menganjurkannya kemudian mencemari majlis untuk mensyukuri nikmat Allah swt tersebut dengan maksiat.

Warna-warni kenduri perkahwinan di Malaysia

Allah swt berfirman yang bermaksud : “Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu.” (Al-Ahzab : 33)

Kain satin yang licin sehingga mengundang mata-mata liar untuk memandang, baju kurung dan kain sampin yang dipakai sebagai hiasan kemegahan semuanya bukanlah membawa kepada kesyukuran dan kegembiraan yang dibenarkan. Dipersilakan buat pengantin untuk mengadakan jamuan dengan menjemput artis nasyid untuk menghiburkan tetamu, atau permainan akrobatik, wayang kulit, ceramah agama sebagai pengisian majlis, silakan kerana ianya bukan bid’ah yang dilarang bahkan termasuk adab dan akhlak pihak penganjur majlis untuk menghiburkan tetamu.

Adakanlah syair dan pertandingan berbalas pantun, ya silakan kerana tiada kesalahan.

Tetapi pakaian anda yang berkilau-kilauan, sendat kain satin dan baju kurung yang cantik mempesonakan itu sudah bukan sahaja menjadi bid’ah yang tercela bahkan termasuk tabarruj yang diharamkan.

Asingkanlah tempat duduk lelaki dan wanita dalam majlis kerana Allah swt berpesan kepada kita supaya saling menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Jauhilah ikhtilat (percampuran bebas) lelaki dan wanita yang sering wujud dalam majlis-majlis perkahwinan. Malulah kerana sesungguhnya malu itu sebahagian daripada Iman.

Kenapa kau tabarruj wahai pengantin ?

Allah swt berfirman : “Wahai anak Adam, Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. dan pakaian takwa Itulah yang paling baik. yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, Mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Al-A’raaf : 26)

Raja sehari bukan daripada adat dan amalan umat Islam bahkan bukan sekali dalam amalan rasulullah salallahualaihiwassalam. Pada hari perkahwinan dan hari jamuan pernikahan bukan engkau yang makan dan dilihat oleh orang ramai atau bersanding dan didatangi oleh orang kebanyakkan tetamu lelaki dan perempuan.

Bukan engkau yang makan tetapi harus orang yang susah itu yang makan dan engkau wahai pengantin seharusnya tunggu dan tidak makan kerana melayani mereka. Itulah sunnah dan keraian sebagai tanda kesyukuran.

Pengantin jadi pelayan dan melayani tetamu kerana itulah sunnah walimah pernikahan.

Sahl bin Saad ra memberitahu bahawa Abu Usaid as-Sa’idi mengundang rasulullah ke majlis jamuan pernikahan beliau dan ketika itu isterinya yang menjadi pengantin perempuan itulah yang sibuk melayani tetamu dan keperluan mereka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Beza sunnah dan bid’ah ialah apabila pengantin yang melahap sakan, makan dengan hidangan mewah yang berbeza dari tetamu yang lain sementara orang ramai berdiri meraikan mereka konon-kononnya merekalah raja seharian.

Itulah pembuat bid’ah di kalangan orang-orang Sunnah, mentah akal dan lemah pemikiran dalam memahami sunnah beragama dan bukanlah mereka pemuda dan pemikul amanah ummat, sekali tergoda oleh pakaian yang smart habis jatuh kredebiliti dan ketegasan beragama kepada adat dan khurafat.

Kesimpulannya, sukalah sekali saya rumuskan. Yang sudah itu sudahlah, yang akan datang maka perbaikilah. Masih ada masa untuk kita semua insaf dan bertaubat sebelum ajal datang menghambat.


Lurus katakan lurus, yang bengkok katakan bengkok. Jelaskanlah yang sunnah daripada yang bid’ah agar kelak perkahwinan anda dapat membawa berkat dan semoga rumahtangga anda aman dan selamat.

Segala puji hanyalah bagi Allah swt.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWA0YCGdvk3tV8mZlBrs75NIleRU0GjzQM1QvCL0quQQiQTs-79z3TTYtOll-muSx4CkDeTqQOqFyFuhdCgf5ofgOv3WfbrQcjG3u9Rxdc_DHUp20k4wyuL4sPAoAD3UDnCbNiBL8I0I8q/s400/Check+List+Kenduri+Kahwin+yang+Sunnah.jpg

Bismillahirrahmanirrahim....

Saya anak mama and abah.and im proud to be theirs.i will never know how much i missed abah till i called him just now.for the strengths,hopes,loves.thank you.

dear mama & abah,

i ain’t affected by the harmless flirt.but i affected much with you guys’ love.for lending me your shoulder the moment i feel want to cry.the dishes mama cooked.’sup ayam’.i addicted with your nyummy nyummy sup,mama :) abah,thank you for never leave me alone when i being hopeless.

angah wants to be strong too.just like mama and abah to go thru with every obstacles in life.i want to give both u my very best.

ya ALLAH,please take care of my mama and abah :)

i love you,mama & abah.i meant it :( i miss u a lot.

note budak homesick...hoo3...



Bismillahirrahmanirrahim....

Ok..hari nih nak share tentang satu forum nih yang punyai 9 episode [huh(0_O)?]
nikah connecting people....
best!..jom kte tonton...moga bermanfaat dalam usaha kita semua mencari redha Allah....
tinggalkan jahiliyah, masukilah islam secara totalitas..
jom sahabat2! berusaha!



episode 9

___________________________________________________________________

Di saat senang dan susah, di saat suka dan duka,di saat teruja dan kecewa, siapakah insan yang sentiasa berada bersama dan tetap menyokong kita??

Soalan yang diajukan oleh seorang sahabat.

InsyaAllah..
My mama and abah, then my siblings..



Namun, sebenar-benarnya di setiap situasi ini, kita ada Allah bersama dengan kita, tidak pernah tidak bersama dengan kita walau sesaat. Subhanallah, indahnya dan tenang2 nya seorang insan itu jika tetap dirasakan Allah bersama2 di mana jua berada. Ujian dirasakan kasih sayang Allah. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Kekecewaan diubati dengan peringatan dengan betapa banyak lagi nikmat2 Allah padanya. Kegembiraan disambut dengan mengembalikan segalanya pada Allah..Subhanallah....

Kita insan yang bagaimana?

Terasa sesuatu...
Persoalan memanggil

Di benak yang paling mendalam sehingga menjadi ralit
Semakin jiwa melanda
Gelora Sang Penanti

Semakin sukarnya difahami

Puncanya gelisah ini

Hanya kekosongan

Jua kehilangan
kurasai menghuni hati
Di mana kan kutemui

Penghujung resah ini

Seumpama kumenanti

Sejawapan rindu

Di mana kan kutemui
Sinaran yang hakiki

Untuk menjadi penyuluh

Jalan di depanku
Hingga akhir waktu.


___________________________________________________________________


"Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar"

(41:35)

Subhanallah, ayat yang punyai makna yang sangat besar...
Mengapa kata Allah hanya orang sabar sahaja akan dianugerahkan akhlak yang baik????
Maknanya, perihal akhlak ini sangat berkait rapat dengan sabar....Tanpa sabar dalam diri, takkan membuahkan akhlak mulia yang dikehendaki Allah....

sabar itu bukan suatu yang mudah....hingga Allah bagi tips dalam ayat seterusnya (41:36) bagaimana kita perlu minta perlindungan daripada Allah jika diganggu syaitan yang mmbisikkan ketidaksabaran dalam diri..

maknanya, nak sabar itu pun, sebenarnya datang daripada Allah..
Allah yang bagi kekuatan untuk sabar...Subhanallah....

Moga2 dengan satu ayat ini, yang mungkin kadangkala kita terlepas pandang, menjadi motivasi untuk kita lebih perbaiki hubungan kita dengan Allah supaya menjadi antara golongan yang dianugerahkan kebaikan dan keberuntungan yang besar..
insyaAllah, jannatul Firdausi...

_________________________________________________________________

Saya teringat satu kisah yang berlaku semasa saya bekerja di hospital ipoh suatu ketika dahulu.
Seorang baby dilahirkan dengan keadaan yang tidak sihat dan tidak stabil. Ketika itu seorang doctor India yang merawat baby berkenaan. Doctor tue kata memang baby nih takde harapan nak sembuh dan beliau dah siap ready dead certificate utk baby ini. Namun, operation tetap dijalankan. Namun, subhanallah, tamatnya operation itu, baby itu ok2 je dan kembali stable.

'Kita berusaha di sini, tapi Tuhan juga sedang berusaha untuk meyelamatkan budak ini'

Itu kata Dr India itu...seorang yang tak beriman pun pada Allah yang Esa..

See Friends, nothing is impossible to Allah and trust me, 'Just Allah can show us the miracle'

and remember one more things,

'Kita hanya boleh berusaha dan tugas kita hanyalah dengan meletakkan usaha sehabis-baik, tapi, segala keputusan itu telah ada di tangan Allah"

Macam2 kan kita plan dalam hidup ini,
nak blajar sampai ke negeri China,[eheh3, tak kot!]
nak ini dan itu..
persoalannya, berjayakah kita mencapai apa yang kita visi dan misikan itu?
segala keputusan ada di tangan Allah.....

Akhir kata, saya menyeru diri dan rakan2 untuk sama2 perbaiki hubungan kita dengan Allah..
muhasabah cinta kjap, di manakah kita letakkan cinta Allah dalam hati dan diri kita? Moga2 cinta kita pada Allah itu adalah yang teratas daripada kecintaan kita pada keluarga dan benda2 lain....

Segalanya buat peringatan buat diri sendiri terutamanya yang kerap kali lalai dan lupa...

with love,
ifbt1




Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang =) =)

Cuaca yang sejuk, myebabkan kemengantukan betul....=_="


















Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang =) =)


__________________________________________________________________________________

Kisah AshabulKahfi

Surah Al-Kahfi turun di sebalik satu cerita. Suatu hari orang Yahudi jumpa mereka punya pendeta yang paling mereka percayai dan mereka ini minta pendapat. Mereka tanya benarkah Nabi Muhammad SAW itu seorang nabi? Pendeta tue cakap kalau benar ia seorang nabi, maka kamu Tanya pada Muhammad tentang 3 kisah. Jika Muhammad itu dapat jawab dan ceritakan tentang kisah2 itu, maka benarlah ia seorang nabi. Kisah yang pertama ialah kisah pemuda dalam gua (Ashabulkahfi), kisah kedua ialah siapa penguasa timur dan Barat (Nabi Zulkarnain) dan akhir sekali adalah tentang roh.

Orang2 Yahudi ini balik dan bertanyakan pada Nabi Muhammad SAW perihal ketiga2 kisah ini. Nabi kata, “Baik, esok akan aku berikan jawapannya”. Namun, sampai keesokan harinya pun tak turun wahyu Allah tentang kisah pemuda gua ini hinggalah sampai lebih kurang 15 hari, barulah Allah turunkan Surah Al-Kahfi. Nabi Muhammad berada dalam keadaan yang gelisah, sedih sepanjang 15 hari itu, mana taknya, kalau tak dapat jawab soalan, orang akan tuduhnya penipu, kemudian, boleh jejaskan dakwah nabi juga. Sebenarnya, Allah nak tegur nabi yang apa sahaja perjanjian, mahupun perancangan kita, mesti dimulai dengan perkataan InsyaAllah (dengan izin Allah).

Allah SWT menyebut akan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18). Ok. Kita tengok dulu ayat yang ke-9 dalan surah Al-Kahfi ini.

Atau kamu mengira bahwa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang mengherankan?

Subhanallah, Allah memulakan kisah pemuda kahfi ini dengan pendekatan soalan. Kenapa agaknnya Allah tanya soalan macam tue? Ini kerna bukan setakat bukan saja kisah
AshabulKahfi yang benar2 melambangkan kekuasaan Allah, tapi, semua benda di dunia ini sebenarnya tak mustahil bagi Allah.

Perkataan pemuda dalam bahasa arab yang digunakan dalam ayat seterusnya (ayat ke-10) ini ialah Al-Fityah. Fityah nih maksudnya (remaja2), kalau sekarang boleh dikategorikan sebagai pelajar sekolah menengah macam tue. Fityah (remaja2 ini) berasal daripada golongan bangsawan anak2 orang kaya. Mereka berada di bawah kekuasaan raja Diqyanus yang perintahkan semua rakyatnya untuk sembah dia sebagai Tuhan. Mereka masih muda, tapi mereka matang, matang kerana adanya iman. Matang ini boleh dikatakan TEPAT DALAM BUAT KEPUTUSAN.

Keputusan yang utamakan Allah dan Rasul. Diikutkan mereka muda2 lagi, tentu ada family, lagi2 dalam golongan bangsawan, ada harta, tapi Allah yang menjadi tujuan & matlamat mereka. Salah satu faktor mengapa Allah rakamkan kisah mereka ini dalam Al-Quran. Subhanallah….kenapa Allah beri pahala besar orang yang sungguh2 berhijrah dan berjihad di jalan Allah? Jannatul Firdausi…Sebab susah nak buat..kene mujahadah. Antara keluarga dan Allah & Rasul? Antara study vs liqo? Antara rehat2 di rumah vs berjihad di jalan Allah? Memang susah sangat. Sebab kita sayang sangat pada keluarga, kita takutkan anak2 terabai (padahal Allahlah sebaik2 penjaga dan pengawas), kita takut sangat gagal dalam pelajaran (padahal Allah yang bagi kejayaan), zon selesa (di depan tv, borak2 dengan kawan2) lebih best daripada zon yang x selesa (kene travel jauh2 kalau nak tuntut ilmu, masa terbazir, infaq harta-nnti kita sendiri tak cukup makan). begitulah mentality kita hari ini. Kadang2 diri ini juga tak terkecuali..Astaghfirullahalazim..

"Allah bersama2 kita...." ungkapan penuh ruhi daripada Muhammad SAW buat menenangkan hati Abu Bakar tatkala berada di Gua Thur..

Ok2..berbalik pada cerita..

Suatu hari, raja itu buat pesta, dalam pesta suruh orang sembah dirinya. Kemudian, muncul seorang pemuda, katanya kanapa perlu ia sembah raja itu. Kemudian muncul pula pemuda yang lain dan yang lainnya, mengatakan hal yang sama. Rupanya, pemuda2 ini menganut agama Nasrani yang ketika itu percaya pada Allah. Kemudian, raja meminta siapa yang tidak beriman pada diri raja, menghadap raja tadi. Lalu, akhirnya 7 orang pemuda terkumpul.

Mari kita lihat ayat ke -14:

“Dan Kami mensatukan hati mereka diwaktu mereka berdiri, lalu mereka pun berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran."

Allah mempersatukan hati2 pemuda ini, dengan satu ikatan iman dan akidah. Maknanya, untuk mengatakan sesuatu yang asing dalam keadaan masyarakat yang sangat jahiliyah, kita sangat2 perlukan kesatuan hati atas dasar iman dan akidah. Kita tak boleh nak syok sendiri, kamu masuklah Islam sebenar2 Islam, atau kita nak berdakwah sorang2. Subhanallah, kerana ikatan hati atas dasar iman dan akidah inilah, walaupun mereka baru ketemu, mereka berani berdiri mengatakan,"Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran." Di saat zaman yang jika tak sembah raja, akan diseksa. Seksaan dulu memang dasyat. Digergaji contohnya.

Tapi, mereka berani, salah satu factor kerana ada ikatan iman.
Kalau kita, kita takut2 untuk menyampaikan pada orang lain, atau kita takut2 untuk merekrut mad’u, ketahuilah ikatan hati antara pada da’ie itu penting. Barulah kita boleh melaungkan dan menyampaikan itu tanpa ada ragu2 lagi.

Berbalik pada cerita, “Raja tanya kenapa kamu tak sembah aku.” Mereka kata mereka hanya percaya pada Tuhan pencipta langit dan bumi. Kemudian mereka minta masa sehari pada raja untuk berbincang tentang akidah yang bakal mereka pilih. Raja pun perkenankan. Lalu, mereka bincang2, dan akhirnya mereka sepakat untuk lari ke Kahfi (gua) demi untuk menjaga akidah dan merancang strategi dakwah. Di pertengahan jalan, mereka bertemu dengan raqib (seekor anjing). Menurut hadis sahih, raqib ini mencintai orang2 soleh, lalu diekorinya pemuda2 ini. pemuda nih cuba halang, tapi anjing ini nak ikut juga. So, bawa je laa skali.

Lihat ayat yang ke -10,
(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)."

Sampai ke gua mereka berdoa, ‘"Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)."
Subhanallah, yang diminta pada Allah bukanlah perlindungan, bukanlah keselamatan, tapi yang diminta pada Allah adalah rahmat dan petunjuk yang lurus. Ini adalah doa yang diajar Allah buat kita semua insyaAllah.

Kemudian, Allah turunkan rahmat pada mereka dengan bagi mereka ini tidur.

11. Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu. [tidur]

Dalam ayat yang ke-17,

“Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpinpun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.”

Nak kata betapa Allah lindungi mereka2 ini. Diberi cahaya matahari untuk beri vitamin E pada
kulit2 mereka.

18. Dan kamu mengira mereka itu bangun, padahal mereka tidur; Dan kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan diri dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi oleh ketakutan terhadap mereka.

Subhanallah, Allah tidurkan mereka, Allah lindungi mereka hingga orang yang datang menjengah dalam gua pasti akan lari yang tak tertoleh-toleh ke belakang lagi. Kemudian, mereka ini Allah bolak balikkan mereka waktu tidur, untuk senaman2, untuk jaga postur2 badan.

19. Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka: Sudah berapa lamakah kamu berada (disini?)." Mereka menjawab: "Kita berada (disini) sehari atau setengah hari." Berkata (yang lain lagi): "Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota dengan membawa uang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah ia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorangpun.

Dalam ayat 19, mereka akhirnya dibangunkan Allah. Dan mereka saling bertanya berapa lama mereka di situ. Ada yang cakap sehari, ada yang cakap setengah hari, dan akhirnya salah seorang kata, Allah lebih tahu berapa lama kita berada di sini. Tak payah nak bertelagah2..Jadi, ia suruh sorang p ke kota utk beli makanna yang baik dan pesan pada kawan yang nak p beli makanan tue, supaya jangan cerita kisah mereka ini pada orang lain. Maksudnya, dalam dakwah mmg kena ada sir. Tanzim kena sir, strategy kena sir tapi syariat kita kena IKLANKAN. jaga sir ini sangat2 pentting utk memastikan kelangsungan kerja dakwah. Kalau dulu, Rasulullah SAW bagitahu segalanya, strategy dakwah pada semua orang, mustahil Islam itu boleh tertegak….Betul tak?

Akhirnya, rahsia mereka ini terbongkar tatkala orang2 tengok wang perak. yang dah berusia ~300 tahun. Tapi, Alhamdulillah, kerajaan pada waktu itu semuanya dah percaya pada Allah. Macamana tiba2 boleh beriman pada Allah?? Padahal waktu kerajaan sebelum mereka tidur tadi hanya mereka yang anut agama Nasrani yang percayakan Allah?

Kerana, sebelum mereka bertemu di pesta raja tadi, sebenarnya mereka telah buat kerja dakwah, mereka dah jalankan system kaderisasi. Maksudnya dah ada orang yang terima dakwah mereka, dan sampaikan dan sampaikan mereka pada orang lain hingga after 300 tahun semua dah percaya pada Allah.

Subhanallah,,,,tidurnya pemuda2 Kahfi ini semua telah percaya pada Allah. Tidur mereka sangat bermakna, ibadah yang tak pernah sia2. .Bayangkan kalau mereka2 jaga, sudah tentu seluruh wilayah dunia sudah terislah, agaknya kita pun takde kerja dakwah dah nak kena buat, kan?.

Subhanallah....



BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive