15 Mac 2012. Tarikh bersejarah. Kelahiran seorang puteri juga amanah Allah buat saya dan zauj tercinta. Moment2 kelahiran yang sememangnya saya nanti-nantikan. Alhamdulillah, proses kelahiran berjalan baik dengan bantuan Allah =) Malah, ia menjadi detik terindah bersama zauj yang turut bersama dari awal hinggalah menjelang proses kelahiran. Terima kasih Allah for both of this meaningful gifts, Abi & Anis Sumayyah =)

Takut apabila berbicara tentang amanah. Kerna setiap amanah pasti akan diminta pertanggungjawaban oleh Allah kelak. Alangkan amanah Allah berupa mata, tangan, kaki, telinga semuanya amanah yang Allah pasti tanya. Apatah lagi, Allah berikan kita seorang anak untuk kita corakkan agama & kehidupannya. Jadi anak bukanlah perkara rutin yang wajib ada dalam sesebuah keluarga sahaja. Bagaimana kita corakkan anak itu menjadi penentu sama ada mereka boleh menyumbang saham pahala kepada kedua ummi & abinya atau tidak suatu hari nanti.

 
 

Anis Sumayyah, Permata hati Abi & Ummi =) =)

BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive