Bismillahirrahmanirrahim....

Banyak perkara yang berlaku akhir-akhir ini...Membuatkan saya banyak berfikir mengenangkan takdir & lumrah kehidupan ini. 15 Mac 2013, hari jadi Anis Sumayyah yang pertama. Alhamdulillah, Allah mengizinkan Sumayyah untuk membesar sihat hingga saat ini. Sambutan hari jadi dibuat bersama keluarga abi di KL dan keluarga saya di Ipoh. Bestnya Anis Sumayyah!

Happy 1st birthday Anak Ummi dan Abi =)


Namun, pada hari yang sama, 15 Mac 2013, saya menerima berita pemergian moksu yang merupakan nenek tiri saya.

Selang seminggu kemudian, toksu (datuk saudara) saya pula pergi menghadap Illahi. Saya sempat mengiringi toksu hingga ke kuburan. 

Al-Fatihah untuk mereka.

Baru saya sedar, yang diri ini juga bakal menjadi jenazah seperti mereka. 
Bagaimana dengan persiapan amal soleh diri ini?

Semalam, abi hadiahkan saya 2 buku. Saya suka keduanya.

Yang pertama: 'Handbook Untuk bakal Jenazah'. Tersentak saya seketika membaca tajuknya. 

Yang Kedua, 'Pendidikan Anak Dalam Islam' by Dr Abdullah Nasih Ulwan. Ini paling saya suka. 

Terima kasih abi kerana sentiasa memastikan ummi berilmu.

28 Mac 2013, di awal pagi, kami dikejutkan dengan berita anak seorang saudara kami yang ditangkap polis kerana dituduh mencuri motosikal. Jaminan RM6000 diperlukan oleh sang ibu untuk menjamin anaknya. Kebebasan yang dapat dikecap sementara oleh sang anak dengan harga RM6000.

Kata abi, 'Kita perlu fahami perasaan seorang ibu yang nak jumpa anaknya. Kita perlu ada empati'.

Itu pendapat abi. Itu benar. 

Tetapi, kesalahan yang dilakukan dalam proses mendidik anak itu saya lihat lebih berat berbanding hendak simpati mahupun empati kepada mereka. 

Mengapa sejak dahulu tidak didik anak dengan yang paling asas iaitu SOLAT?

Sangat kasihan. Semoga mereka mencari dan mengenal Allah dengan musibah ini. Moga inilah jalannya untuk mereka dekat dengan Allah lalu mengenal solat.

Moga Allah menunjukkan jalan-jalanNya untuk saya mendidik amanah Engkau ini.

Regards,
ifbt1
 


BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive