Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang =) =)


*******

Antara semua 99 asma Allah, yang terpilih dalam kalimah bismillah adalah hanya dua sifat..

Ar-Rahman dan Ar-Rahim....Apa specialnya nama Allah yang dua ini berbanding dengan asma Allah yang lain?Pemilihan ini bukan satu kebetulan..maha suci Allah dari sikap kebetulan..kerna Allah menciptakan sesuatu tidak pernah sia2....

Sudah sampaikah kepadamu berita tentang hari pembalasan....Manusia pada hari itu dalam ketakutan yang amat sangat....Hari di mana semua orang sibuk dengan urusan masing2....masing2 lari tanpa sekali-kali menoleh ke belakang lagi....lari daripada saudara2, ibu ayah..anak dan isteri yang mana masing2 pada hari itu mnuntut hak masing2 utk menyelamatkan diri...(80:34-37)....

Malah, para Rasul ulul azmi pun tidak sanggup memikulnya pada saat manusia meminta2 kepada para nabi untuk mendapat keringanan di hadapan Allah...Mereka semuanya menolak dan mengatakan 'diriku..diriku....'Hanya nabi Muhammad SAW yang mahu mmberikan syafaat pada umat2nya...itupun dengan izin Allah....

"Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah, tanpa izinya" (2:255)....

Begitulah yang digambarkan hari yang besar yang mana tiada siapa penolong dan pelindung selain Allah SWT..Hanya Allah yang Ar-Rahman dan ar-Rahim yang dapat menyelamatkan kita semua pada hari itu....Biarpun seseorang yang membawa amal setinggi langit sekalipun, tanpa kasih sayang dan rahmat dari Allah, maka tiada syurga baginya....Kerana sifat Ar-Rahman dan ar-Rahim Allah jugalah, orang yang membawa segunung dosa boleh masuk ke syurga....Maka, siapa lagi penyelamat buat kita di hari besar yang penuh fitnah dan debaran itu selain Allah SWT yang Ar-Rahman dan Ar-Rahim..Allahuakbar....

******




Ukhwah itu cukup suci..kerna ukhwah hanya terbina atas kekuatan dan kebersamaan iman yang satu, hanya kerana Allah...Malah kadangkala, kita terlalai sekali untuk menjaga kesucian ukhwah itu sendiri....Atas satu pertalian yang dinamakan ukhwah, ada hati yang pernah terguris, ada juga yang membawa diri jauh dek kerna berkecil hati....

Ukhwah itu tak lain, tapi dibina atas dasar iman pada Allah....Maka tatkala ukhwah kita teruji, tatkala itulah Allah menuntut kita untuk melakukan pembuktian amal, adakah benar hubungan yang dibina mereka2 ini kerana Allah....maka, jika kita gagal dan sukar untuk berlapang dada, sesungguhnya kita masih tidak berukhwah kerana Allah...

Pabila dirimu mengatakan kau sedang berukhwah kerana Allah, maka perlunya itsar dan berlapang dada dalam dirimu...Sudahkah kau benar2 itsar [utamakan kepentingan saudaranya dari diri ketika diri memerlukan] ????

Kaum Ansar adalah kaum yang itsar....

'....dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.. (surah Al-Hasyr: 9)....

Berukhwah kerana Allah itu cerminan generasi pertama Rasulullah SAW....Jika hari ini, semua lebih suka menerima....Tapi, di zaman generasi Rasulullah SAW, mereka sangat suka memberi sehinggakan tatkala seseorang memberi sesuatu pada org lain, kerna hebatnya budaya memberi pada waktu itu, hinggakan barang2 yang diberi itu akhirnya sampai pada pemiliknya semula.


My best friend dearest,

"Moga-moga kita dapat pimpin tangan di syurga nanti ye....'


****

Perkara yang membahagiakan....adalah menerima senyuman....Berbeza dengan pemberian lain..senyuman itu akan tetap kekal di hati penerimanya..Dalam kalamullah, Allah hanya berbicara sekali berkaitan senyum nih....

'Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa, "Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar Engkau redhai, dan masukkanlahaku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh" ( An-Naml: 19).

Itulah senyuman Nabi sulaiman AS. Specialnya senyumannya hinggakan antara ramai2 manusia di dunia ini, senyuman Nabi Sulaiman saja yang dinukilkan Allah dalam Al-Quran..Maka, apa yang specialnya?

Nabi Sulaiman, raja yang memerintah kerajaan pada waktu itu..Semua kerajaan, jin, manusia, binatang, semua di bawah kerajaannya. Jika ingin dibandingkan dengan raja sekarang, wilayah dan kekuasaan nabi Sulaiman ini lebih besar....

Tatkala terdengar seekor semut mengarahkan semut2 yang lain untuk masuk ke sarang supaya tidak diinjak Nabi Sulaiman dan bala tenteranya (An-Naml:18), Nabi Sulaiman tersenyum....lalu berdoa meminta ilham daripada Allah supaya tetap menjadi orang yang bersyukur (An-Naml:19)....

Itulah senyuman rendah hati seorang raja yang cukup special dalam pandangan Allah...hinggakan Allah nukilkan dalam Al-Quran buat tatapan dan pengajaran seluruh umat manusia....


****

Allah sentiasa mahukan yang terbaik buat hambaNya....buktinya lihatlah Al-Quran....Allah mahukan hambanya bertaubat dengan sebenar2 taubat, berjihad dengan sebenar-benar jihad dan berusaha mencapai sebaik2 taqwa....makanya usahalah yang terbaik sentiasa tidak kira dalam apa saja urusan!!.....


****


-ifbt1-17.17 pm-crc networking-




BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive