Rindu bau pohon tin…..

Antara banyak-banyak buku ilmiah yang dibeli dan menimpa nasib terbiar tidak dibaca, hanya buku ini punya kuasa tarikan untuk terus dan terus membacanya….Walau pada permulaan pembacaan, sempat juga hati berbisik, ‘wahai buku, nampaknya engkau bakal menerima nasib yang sama dengan rakan2 kau yang lain’..Tapi, akhirnya bermula dengan kisah di medan Mut’ah itu, ia sangat memikat hati..Subhanallah….

Mencari spirit yang hilang, itu matlamatnya…Entah ke mana2 perginya….Dulu ia tidak begini, itu sudah pasti.…Hingga mabah pun cakap mereka dah tak nampak along yang mereka kenali dulu =( ..spirit yang hilang..mana perginya?

Zaman persekolahan sangat seronok =) =)

Masih teringat di waktu Ramadhan terakhir sewaktu di sekolah menengah….Bangun sahur memang sesuatu yang ditunggu-tunggu di kala semua orang dok asyik dibuai mimpi [ade la misi jahiliyahnya time tue,he3]….waktu time2 subuh tue memang sangat seronok, suasana yang cukup tenang dan nyaman, ditambah dengan sayup2 kedengaran alunan suci ayat Al-Quran bertujuan membangunkan pelajar-pelajar, cukup mendamaikan..Ramadhan tahun itu....mengajar saya erti hidup pada memberi =)

Begitulah kisahnya sejarah….Membawa sinar harapan….yang kita bukanlah kita yang hari ini. Kita juga produk masa lalu yang penuh keceriaan dan kegembiraan.

Kini saya sedang berada di medan ujian..Kamu juga saya pasti, kerna dunia itu medan ujian....Benarlah hidup ini tak lari daripada perjuangan, yang menuntut kita untuk JIHAD! Benarlah, pabila disandarkan segalanya pada dunia dan isinya, dunia terus berkalih dan kita jatuh tersungkur, kerna hakikatnya dunia hanya mahukan yang selesa-selesa, kesenangan, kemenangan, kejayaan juga kecemerlangan. Bertambah parah dan sakitlah kita. Jika begitu, pada siapa kita nak bersandar nih?

Allahuakbar..Subhanallah…Yang akan memimpin kita tiap saat dalam perjalanan hidup kita itu ialah…

Allah…..Sayang Allah…..

Subhanallah…Sayangnya Allah pada kita, dipandangnya kita dengan pandangan penuh rahmat….

Bagaimana pula bukti kita sayang Allah?

Ketika azan dilaungkan, urusan kerja/belajar kita lebih utamakan daripada urusan dengan Allah….

Ketika mendengar seruan azan, bos yang memanggil lebih kita sukai daripada menyahut seruan Allah…

Kita lambat-lambatkan solat! Kita meremehkan solat! Kita bersolat pabila semua urusan duniawi kita dah selesai!

Tengoklah nilai cinta kita pada Allah…..

Benarkah itu namanya cinta dan sayang?

Lihat peribadinya Rasulullah SAW, manusia yang paling mencintai Allah. Tatkala sedang bercakap-cakap dengan isteri yang paling dicintainya, Aisyah RA, pabila seruan Allah memanggil, terus serta-merta masing-masing meninggalkan perbicaraan dan menyahut seruan Allah untuk solat! Hinggakan mereka lupa terus dengan perkara yang dibincangkan sebentar tadi.Subhanallah, cinta Allah itu lebih besar bagi mereka!

Roh solat adalah khusyuk. Solat yang tak khusyuk ibarat mencipta kain buruk!

Kisah hadisatun khansin (Kebun 5000). Diceritakan adalah seorang pemilik kebun di zaman Rasulullah SAW. Satu hari, sembahyanglah dia di kebunnya. Sewaktu solat, perihal kebun mengganggu solatnya. Dia tidak khusyuk. Lalu, ia berjumpa dengan orang-orangan dan menjual kebunnya dengan harga 5000. Menjual kebun kerana menggangu ibadahnya yang paling utama iaitu SOLAT. Itu baru solat sunat, dah terus jual harta dunianya. Buktinya? Di zaman Rasulullah SAW, tiap-tiap waktu solat fardhu pasti akan dilaksanakan secara berjemaah, yang didirikan berseorangan itu hanya solat-solat sunat. Jika yang tidak berjemaah, pastilah ia di kalangan munafik!

Dari Abu Hurairah RA telah berkata: sabda Rasulullah SAW, “Solat yang paling berat antara orang munafik ialah Solat Isya’ dan Fajar, dan jikalau mereka tahu kebaikan solat jemaah pada kedua-duanya, pasti mereka akan mendatangi kedua-duanya walaupun dalam keadaan merangkak”

[Muttafaqun alay]

Subhanallah….

Kita lebih suka untuk mengeluarkan duit yang banyak bershopping, tapi tak mampu nak menjejakkan kaki ke rumah Allah walaupun ianya hanya free….

Kita lebih sanggup berpergian ke tempat kerja yang jauh berbatu-batu, lagi2 memakan masa hampir 1 jam setiap hari, tapi tidak sanggup untuk ke rumah Allah yang hanya memakan masa 5 minute berjalan kaki sahaja ….

Seorang akhi bertanya bolehkan kita solat berjemaah tetapi di rumah bersama keluarga dan anak-anak?

“Sunnah siapa yang kamu ikut ini? Pernahkah Rasulullah mengajar kita untuk melakukan yang sedemikian?”

“Sesungguhnya, solatlah kalian sebagaimana melihat aku solat”

[Muttafaq ‘Alaih]

Begitulah yang diajar Rasulullah SAW.

Sahabat,

Takutnya…..

Jika kita tergolong dalam golongan orang bersolat yang disebutkan Allah dalam Al-Ma’un: 4-5

“Maka celakalah orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dalam solatnya”

Nauzubillahi minzalik….

BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive