gambar sebagai hiasan
cerita tentang masa lalu 1 Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan di luar sane!!..Syukur Alhamdulillah di atas segala macam nikmat yang ALLAH kurniakan pada kita...nikmat hidup, nikmat makan dan minum, nikmat ketenangan, nikmat kesihatan yang baik dan yang paling penting nikmat Islam dan iman..jadi, jomlahh jadi hamba-Nya yang bersyukur sangat-sangat..[kadang-kadang kte terlupa segalanya anugerah ALLAH pada kita, bila dah sakit, barulah rasa sihat itu adalah nikmat terbesar, bila dah masuk je musim exam, barulah rasa betapa nikmatnya di waktu senang-senang dulu, senang cerita kita nie ingat ALLAH masa susah je..wahai diri sendiri, berubahlah!!] Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." (Surah Luqman: 12) kalau dilihat pada diri kita, lahir-lahir telah pun dinobatkan sebagai seorang yang beragama Islam [kene bersyukur sangat-sangat sepatutnya]..can u all imagine kita dilahirkan dalam keluarga bukan Islam..even ALLAH dah tunjukkan dah jalan kebenaran dan kefasikan, kerana suasana sekeliling yang lebih ke arah kefasikan ditambah dengan dunia yang begitu mengasyikkan dan ditambah lagi dengan bisikan syaitan....akan Islamkah kita????entahlah kan..balasan bagi orang yang mengsyirikkan ALLAH dengan benda lain @ orang kafir balasannya dicampak ke dalam neraka jahanam selama-lamanya...boleh imagine tak?? [i can't]..even saya sendiri terkena api bunsen burner tak sampai 5 second tu pun dah rase kepedihannya..apetah lagi satu minute, 1 jam, 1 hari atau 1 tahun atau selamanya..seriusly i cannot imagine..at least kalau kita Islam, banyak dosa sekalipun, taklah masuk neraka selamanya [moga-moga dijauhkan terus la azab neraka itu, amin..segalanya dengan rahmat ALLAH].. Sahabat Abi Hurairah ra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda: "Api yang kamu sekalian pergunakan di dunia ini adalah satu juz (satu bagian) dari tujuh puluh juz api neraka Jahanam." Lalu para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, demi Allah. Seperti itu saja sudah cukup panas." Rasulullah saw kemudian bersabda: "Sesungguhnya api neraka itu masih tersisa (di nereka) enam puluh sembilan juz, yang semuanya sama panasnya dengan api yang berada di dunia ini." (HR. Bukhari dan Mushm) awal tahun ini saya mengenali seorang sahabat nie baru berumur 18 tahun.seorang yang suatu ketika dahulu kuat berpegang dengan dakyah kristiannya dan pernah mengkristiankan about 200 ++ orang di sabah..[huh,super hebat]..tetapi telah masuk Islam kini setelah mendapat hidayah dari ALLAH dari kisah nabi Ibrahim AS memecahkan berhala..and beliau continue reading banyak lagi kisah-kisah dan sejarah para nabi, then hadiri banyak lagi program ilmu..[so, memang hebatlah pengetahuan beliau]..pengislaman beliau of cos mendapat tentangan hebat dari keluarga sehingga beliau terpaksa melarikan diri ke semenanjung hasil duit beliau mengkristiankan orang dulu..tetapi, baru-baru ini saya mendapat berita beliau telah masuk kristian semula dengan alasan kekurangan kasih sayang [alasan tak boleh blaa..]..jadi, nak cakap kat sini, susah sebenarnya untuk orang bukan Islam untuk ke Islam dan mengekalkannya..jadi,bersyukurlah dengan nikmat Islam yang ALLAH beri pada kita sejak kecil walaupun kini Islam kini digelar sebagai agama warisan.. Islam sebagai warisan, boleh pakai ke?? kalau kita imbas sejarah nabi dan para sahabat, bagaimana usaha nabi untuk Islamkan penduduk Makkah pada fasa awal dakwah baginda punyalah susah!!..padahal pada waktu itu mana ada lagi suruhan untuk solat, puasa, berjihad dan sebagainya..yang ada hanyalah ungkapan 'Lailahaillallah' [tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH]..apee laa yang susah sangat si Abu Jahal and the geng nak sebut ungkapan itu..kan settle problem!! Itu kerana diorang benar-benar faham dengan maksud ungkapan 'Lailahaillallah' [tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH]..bila sudah mengaku hanya ALLAH sahaja yang boleh disembah, maka mereka perlu ikut segala perintah ALLAH dan jauhi larangan-Nya....maka mereka perlulah lakukan perubahan dari fasa jahiliyah ke fasa Islam..ekonomi yang penuh dengan penipuan dan riba ke jual beli yang bersih, politiknya [gila kuasa!!mereka takut nabi menggugat pengaruh mereka],sosialnya [apetah lagi kena ubah-dengan minum araknya, bunuh anak perempuan dan sebagainya]..jahiliyah-jahiliyah..jahiliyah dulu kini dan entah sampai bila..hurmm..saya teruskan ye..nak cakap di sini sepatutnya begitulah kita orang Islam hari ini. Mengucapkan syahadah at least 9 kali sehari kot [dalam solat], tapi tak juga buang benda-benda yang ALLAH larang, kann3 ifbt1..hurm.. sehinggakan akhirnya dakwah nabi Muhammad di Mekah hanya dapat mengumpulkan sebilangan kecil kader sahaja..yang benar-benar hebat!!yang benar-bebar faham kalimah Lailahaiilallah..yang benar-banar tunduk dan patuh pada perintah ALLAH..mereka bukan calang-calang orang [Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Hamzah..manusia biasa yang cukup luar biasa]..yang menjadi tunggak pada tertegaknya Islam hari ini..sehinggakan orang yang pertama yang mati syahid pada waktu itu ialah Sumaiyah hanya untuk mempertahankan kalimah 'Lailahaillallah'..[hebat sungguh Sumaiyah].. ingat senang ke Islam tue nak tertegak sehingga hari ini [susah beb, kena berjihad, kena berkorban]..nabi serta para sahabat sanggup berkorban masa muda, harta, jiwa, darah untuk pastikan kita semua mendapat nikmat Islam hari ini..itu sebab mereka betul-betul faham Islam itu..tak macam kita hari ini, dok relax-relax goyang kaki pun dah dapat title Islam..kann2..tak payah berkorban ape-ape pun dah dapat nikmat Islam..tak hargai pulak tu..dan yang paling tak boleh blaa, tak pertahankan pun Islam itu sendiri sehingga Islam itu menjadi yang asing kini Rasulullah SAW bersabda, “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” Riwayat Bukhari u all faham tak ape yang dimaksudkan dengan asing di sini..sebagai contoh, di dalam suatu komuniti, semua orang tak tutup aurat dengan sempurna, kecuali adelah sorang dua yang baik-baik [tak ke mereka ini asing namenye, tibe-tibe bertudung labuh antara orang lain]..tapi mereka nie la orang-orang yang beruntung sebenarnya ....contoh lain lagi, dalam orang tengah sibuk-sibuk berseronok di malam minggu, adelah 2 3 orang mencari ruang untuk bermajlis untuk mengundang malaikat bagi membawa rahmat [memang pelik la kan]..contooh lain..kawan-kawan sebaya sibuk menghabiskan masa muda untuk berseronok,berkaraoke, berparti,bersosial, adelah 2 3 orang hamba ALLAH out of 1000 yang sanggup jualkan naluri muda seorang remaja demi bermujahadah kerana ALLAH..Merekalah orang-orang beruntung kerana mengharapkan balasan hakiki,realiti dan berkekalan yang dijanjikan ALLAH....[ade ayat2 di sini yang dadaptasi dari blog blogger-sape suh tulis best sangat >_<..kann3..] “jadilah manusia biasa yg luar biasa krn sesungguhnya syurga itu untuk org yg luar biasa” p/s: cerita-cerita di atas adalah buat peringatan untuk diri sendiri terutamanya. Sesungguhnya tangan yang menaip lagi dekat dari orang lain yang membaca [tak paham maksud, abaikan saje ye] ----tamat----- =cerita tentang masa laLu 2-to be continued=

BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive