Assalamualaikum wbt Blogger outside there,

Agak lama rasanya meninggalkan blog ini sepi tanpa bicara cinta..Dan malam ini, malam hari raya AidilAdha ini, rasa hendak menulis sesuatu.

Yang pertama, ttg morning sickness. Morning sickness yang hadir membawa sekali mood untuk membuat perkara baik lagi2 ianya melonggarkan terus hubungan dengan Allah. Sangat berdoa, moga ianya cepat berlalu, dan nak fokus dalam byk perkara lagi2 memperbaiki ibadah yang kian longgar. Tetapi, takutnya jika ianya sakit yang terakhir dalam kehidupan ini. Maka banyak waktu sakit yang telah dipersiakan dgn besarnya pengharapan untuk memperbaiki diri apabila sihat kelak. [Hurm].

Sakit satu ujian yang mencabar. Tidak dapat dibayangkan, arwah mak mertua yang melawan sakit kanser stage 4 physically dan mentally dalam masa 6 bulan sebelum ia dijemput Illahi. Di waktu sakit, anak-anak minta mak zikir , baca Quran, solat. Sudah tentu tak mudah untuk mak istiqamah membuatnya. Sudah tentu di sudut hati mak, berasakan dia akan lebih fokus dan sungguh2 beribadah bila sihat. Tapi, Allah mentakdirkan sesuatu yang lain. Mak tidak sihat sehingga akhir hayatnya. Moga kesakitan yang ditanggung menjadi kafarah dosa dan menempatkan mak mertua saya di SyurgaNya.

Begitulah kehidupan. Kita sering mengharap. Tetapi, takut sekali jika harapan kita itu tidak kesampaian. Maka, jika ingin beramal, maka jangan tangguh lagi!

Walaupun beramal dlm keadaan sakit itu payah. Semalam, waktu wukuf di Arafah. Waktu mustajab doa waktu Malaysia lebih kurang jam 5ptg-8mlm. Pada waktu itu, saya stuck dalam jem yg agak terum ditambah dgn sickness yang dasyat. Beberapa kali zauj mengingatkan ketika ini, waktu mustajab doa. Saya hanya mampu mengucapkan beberapa doa dalam hati kemudian hilang fokus! Langsung tdk mampu nak mengucapkan mahupun menadah tangan.

Mmg tidak mudah untuk ibadah dalam keadaan sakit. Moga kesakitan ini menjadi kafarah dosa.

Still hoping to recover soon.

BTemplates.com

Popular Posts