Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang =) =)

this is the way

Jom sama-sama kita hayati satu kisah yang Allah perihalkan dalam al-Quran. Surah Abasa. Surah ini lain daripada yang lain. Specialnya surah ini berbanding surah lain apabila Allah tidak membuka surah ini dengan sumpah-sumpahNya mahupun perihal hari kiamat.

Tapi Allah buka dengan kata2, Dia (Muhammad) berwajah masam dan berpaling’…Specialnya Muhammad SAW sehingga Allah tegur direct padanya dalam Al-Quran, tentu sahaja bukan untuk mengaibkan tapi untuk beritahu pada seluruh umat manusia, yang AKHLAK sesame manusia itu yang sangat2 dititik beratkan oleh Allah….

Hinggakan kekasihnya pun Allah tegur..
Sebab Allah tahu perihal akhlak ini cukup hebat dan utama dalam character diri seseorang manusia….Apelah gunanya, seseorang itu berjaya dalam semua bidang yang diceburi, score staright A dalam semua subjects, tapi perihal akhlak, perihal muamalah ditolak ke tepi.

Seterusnya dalam Surah Abasa ini juga Allah mengajar Nabi bagaimana ingin menyampaikan. Pada siapa perlu diberi keutamaan dan sebagainya [boleh rujuk surah]. Ini nak dikatakan betapa berkait rapatnya akhlak itu dalam jalan dakwah.

Kerna pentingnya perihal akhlak ini, maka, satu persatu huraian akhlak yang terpuji Allah ilhamkan dan wahyukan pada Nabi Muhammad SAW untuk tatapan kita bersama. Bukan setakat tatapan, Allah mahukan kita contohi setiap satunya. Dan salah satunya adalah berkaitan dengan ‘Berjabat tangan dan salam”. Amalan yang sangat simple dan sudah pasti semua orang yang jelas benar tentang salam dan berjabat tangan ini.

Specialnya ucapan salam ini walaupun kita hari ini anggapnya ucapan biasa-biasa sahaja, tapi sesungguhnya suatu hari nanti, penghuni syurga akan disambut dengan ucapan salam di syurga. Malah nak dikatakan betapa besar dan mulia ungkapan salam ini hingga Allah letakkan kemuliaan padanya menjadi ungkapan antara ahli-ahli syurga. Malah Allah bandingkan lagi ucapan salam itu dengan mengatakan tiada ungkapan yang sia-sia di syurga, melainkan ahlinya sentiasa mengucapkan salam. Subhanallah..Betapa hebat dan besarnya ungkapan salam itu jika kita menjadi pengamalnya yang punyai ruhi dan ilmu.

Besarnya kemuliaan ungkapan salam ini hingga mampu meruntuhkan krajaan khalifah suatu ketika dulu tatkala pemerintah pada waktu itu sedikit demi sedikit menggantikan salam dengan kata2 berorientasikan barat seperti gud morning, hello dan sebagainya. Pmansuhan ungkapan salam ini sebenarnya menunjukkan pada kita pemansuhan Islam juga dalam diri2 mukmin.

Jika dilihat peribadi Rasulullah SAW, ungkapan salam itu tidak pernah lekang daripada bibirnya tatkala bertemu dan berpisah dengan sesiapa sahaja. Hinggakan baginda sendiri sangat2 mengutamakan dan mendahului salam daripada orang lain. Hingga ada sahabat yang cuba menyorok di suatu jalan dengan harapan ingin memberi salam dahulu sebelum nabi, namun usahanya gagal. Kisah ini menunjukkan bagaimana salam itu seharusnya kita dahului daripada org lain. Biarlah di sekeliling kita,semuanya tidak mahu memberi salam, biarlah kita menjadi yang pertama-tamanya mengucapkan salam ini.

“Sebarkanlah salam di antara kalian”

(HR. Muslim dan Ahmad).

Ketahuilah pengamalan salam, “assalamualaikum” yang penuh ruh mampu untuk mengikat hati2 manusia, mengundang cinta dan menghapuskan kebencian. Seorang sahabat pernah bercerita, beliau mengenali seorang ukhti yang kelihatan sangat2 ikhlas dalam mengucapkan salam, sangat ikhlas tatkala berjabat tangan, sangat ikhlas tatkala berpelukan. Pada masa itu, dirasakan sangat lama mengenali walaupun kadang2 sahaja bertemu, dirasakan dua hati menjadi satu, turut dirasakan mahu menitiskan air mata kerna dapat dirasakan ikatan hati di situ. Maka, jika sahabat saya tadi merasakan malas2 ingin ke majlis ilmu, akan terasa rindunya ingin saling berbalas salam dengan ukhti itu. Subhanallah, amal soleh yang sangat kecil yang kita sering pandang sepi [salam yang penuh ikhlas dan ruhi je pun] yang diamalkan sudah mampu memberi satu sinar petunjuk pada seseorang. Itulah yang dikatakan amal yang baik ibarat pokok yang baik. Akarnya kukuh dan dahannya tetap terus menjulang ke langit.

Nah! Kalau kita tengok bukan saja2 Allah mensyariatkan salam pada kita semua. Tatkala kita mengucapkan salam, ‘Assalamalaikum’…Salam sejahtera dan keberkatan serta rahmat Allah padamu’..suatu doa seorang hamba pada hamba yang lainnya.

Jika salam dijawab, maka sama2 kita menjadi orang yang saling doa mendoakan. Di sekeliling kita, dapat dilihat amalan salam serta berjabat tangan ini sudah menjadi kebiasaan. Cuma kadang2 kita sangat lupa perihal pengamatan atas amalan tersebut. Itu sebabnya ukhuwah makin menjauh bukan mendekat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud menyatakan,
maksudnya : "Daripada Barra katanya : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'alahi wasallam,
"Tidaklah bertemu dua orang Islam, lalu berjabat tangan, melainkan diampunkan dosa bagi keduanya sebelum keduanya itu berpisah."


Begitulah salah satu akhlak yang ingin dipertengahkan dan diajarkan Allah pada kita melalui rasulNya. Dalam konteks seorang murabbi/mutarabbi dan sbagainya, ibu/ayah dan anak, kawan2 dan siapa2 sahaja, yang penting sekali haruslah kita sedaya upaya wujudkan cinta. Salah satu caranya dengan salam dan berjabat tangan dengan penuh penghayatan. Dan sudah tentunya akhlak2 terpuji yang lainnya.


Di jalan tarbiyah dan dakwah ini, akhlak yang baik sangat2lah dituntut. Bagaimana ingin kita memikat hati para mad’u selain daripada membuatkan mereka mencintai kalian dengan akhlak. Nescaya kalian akan menguasai hati2 mereka, dan kalian akan mendapati telinga yang mendengar dan hati yang sepenuh perhatian dari mereka [insyaAllah]. Kerana ketahuilah tabiat manusia itu bukanlah kekerasan mahupun keganasan. Tabiat manusia itu sukakan lemah lembut dan senyuman yang menyenangkan =) =) [I love smile]


with love,
ifbt1


BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive