dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang =) =)

Syumuliatul Islam.....
Islam mengajar kita tentang semua aspek kehidupan....
Tentulah cara yang diajar adalah yang terbaik.....
Untuk kebaikan dunia dan akhirat......
Rugilah bagi orang yang solat, puasa, baca Quran.....
tapi, pada sudut yang lain....
ia mengikut nafsu dan syaitan....
membazir dalam berbelanja, membuang masa dan etc.
apa yang tak diajar oleh Islam....
semua dibuat....
bila mahu berubah????

'tidak yakinkah kamu tentang janji ALLAH...sehingga boleh lagi kamu ambil peduli tentang pelbagai sudut duniawi untuk berubah, wahai manusia??
Kamu kata kamu mahu jadi orang yang bertaqwa, yang punya darjat tertinggi di sisi ALLAH....
kamu bilang kamu mahu masuk syurga, kamu mahu sangat berjumpa Rasulullah SAW,
baru2 ini kisah Mus'ab bin Umair telah mengetuk pintu hatimu untuk jadi sekuat, setabah dan seamanah Mus'ab...
kamu juga terlalu impikan untuk berjumpa dengan para sahabat Rasulullah, dan orang2 soleh di sana, kerana kau tahu merekalah teman2 yang terbaik....
kamu sangat2 rindukan untuk berjumpa dengan ALLAH, melihat wajah ALLAH....
kamu juga ada katakan kamu nak masuk syurga yang di sana, keadaannya jauh nyaman, aman, tenteram dan tenang dari kg halaman kamu di dunia,
kamu impikan ahli2 keluarga serta sahabat2 kamu juga bersama2 menikmati indahnya syurga....indahnya balasan utk org yang membuat kebaikan dan bertaqwa d sisi ALLAH....


tapi, kamu masih begini....

melakukan perkara yang datangkan kemurkaan ALLAH....
bila kamu mahu berubah wahai sang diri????
cuba kamu selongkari kisah Umar.....
menangis kerana takut dia tidak termasuk golongan ahli syurga.....
terus beramal dan beribadah pada ALLAH....
padahal dirinya sudah dijanjikan syurga...
tengok pula kisah Abdul Rahman bin Auf....
jutawan, sangat jutawan....
betapa kayanya beliau dgambarkan,
pabila unta pertamanya baru tiba ke Makkah,
unta terakhirnya masih di Madinah,
harta dunia mmbuatkan beliau menangis,
takut2 tidak dapat mencium bau syurga...
jom kita selongkari kisah Abdullah bin Ummi Maktum,
seorang pahlawan buta, punya semangat yang luar biasa,
akhirnya syahid, tatkala menentang Parsi,
seorang syuhada gugur,
dalam keadaan bendera perang Islam digenggam erat....
dalam pelukan....
kisah pahlawan mana lagi yang tak sampai padamu....
banyak yang telah kau dengar,
kau berazam nak warisi mereka,
kau ingin sekali bertemu mereka di syurga....
tapi, bagaimana amalanmu????
bagaimana keikhlasanmu????
[jawab dlam hati sendiri ye]....

Tiada cinta di hati ini, hanyalah cinta ALLAH
Tiada rindu , hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah,
Guru dan teman2 sentiasa dikasihi

with love,
ifbt1




BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive