Bismillah......

jika kita redha dengan ALLAH, ALLAH pasti redha dengan kita......
hari ini masuk Ramadhan yang ke-22...dalam sedar tak sedar, 10 malam terakhir bertamu jua....syahdu rasenye bile terbace tulisan seorang teman nihh.....

'
10 malam terakhir ini, mungkin terakhir dalam hidupku. Aku tidak tahu. Mungkin 10 malam terakhir ini yang paling bermakna dalam sejarah hidupku. Aku tidak pasti apakah 10 malam terakhir ini akan mengubah perjalanan hidupku selepas ini. 10 malam terakhir ini datang bersama sentuhan kasih sayang Allah. 10 malam terakhir ini membawa bersama naluri asli yang kumiliki sebagai seorang hamba. Hati ini terasa begitu terinspirasi untuk kembali kepada Ilahi. Ah, adakah aku cukup kuat untuk bertahan terus dalam berIbadah menyembah-Mu ya Allah, pada 1o malam terakhir ini'


Sungguh hebat sentuhan kata2 hamba ALLAH ini....
wahai diri, tidakkah kau terinspirasi untuk kembali juga pada Ilahi? Tidakkah kau terinspirasi untuk terus kekal berjuang moga2 10 malam terakhir ini mampu untuk melahirkan dirimu yang baru dalam padangan mata ALLAH.....?beginilah jika sudah keseorangan jauh dri taman2 syurga, virus2 futur selalu saje menjengah..Dan baru ketika inilah baru kita nak berasa gundah-gulana mengakui kebenaran sabda nabi yang mana hati2 kita berada di antara 2 jari Ar-Rahman....dan mudah sekali untuknya bolak balikkan ke mana sahaja Dia mahu......
_____________________________________________________________________________________

Cerita hari ini......

Masuk 1 st Sepetember 2010 hari ini.....
Saya terdengar perbualan 2 org rakan sekerja tadi...

Pharmacist: Apa sebenarnya tujuan kita hidup nihh?Tiap2 hari pergi kerje, pastu balik kerje, then bile dah tua retired, masa tue pun dah sakit2, so life is not fun actually and without purpose'

Beliau adalah seorang berbangsa Cina.

Researcher: Jadi, ape yang kau carik sebenarnya dalam hidup ini...??

Pharmacist: Aku pun tak tau..aku pun tengah fikirlaah nihh...Dulu orang zaman Paleolitik dulu carik makan, hari nih, kita pun kerje untuk cari makan, so, i think no different'. Kau boleh tak terangkan kat aku what is the purpose of life. Aku memang tak faham betul.

Researcher: Aku pun tak tahu.

Pharmacist: Dah tue kau kerje untuk ape??

Researcher: Untuk orang.

Pharmacist: Siapa orang tue??

Researcher: Ntah, aku pun tak tahu. Sudahlah, jika kita cakap pasal ini, takkan habisnye.....

[perbicaraan mereka terhenti begitu saja. Kelihatan pharmacist berbangsa Cina tadi tak puas hati kerna jawapan tetap tidak ditemui]

____________________________________________________________________

What is the purpose of life and working????

Nak cari redha ALLAH....Apa yang kita buat di muka Bumi ini, setiap usaha kita, dari sekecil zarah higgalah ke sebesar gunung pun, jika kita buat dengan penuh keikhlasan pada ALLAH serta ikut syariat (contohi Rasulullah SAW), itu satu amal-soleh dan insyaALLAH kita akan temui redha ALLAH.....

siapa tak mahu redha ALLAH???? Alangkan seorang yang mati dengan membawa amal soleh setinggi langit pun, tanpa redha ALLAH, maka tiada bau syurga baginya.....

Mana boleh kita tak tahu tujuan hidup kita sebagai Islam. Mana boleh kita tak tahu tujuan setiap apa kita buat sehari2 sebagai seorang mukmin.? Tentulah ia adalah proses bercucuk tanam kita supaya setiap apa yang kita buat menjadi amal soleh terbaik di sisi ALLAH..

Bayangkan, kalau kita jadi orang yang go wif the flow, org keje, kita pun nak keje, org blajar kita pun nak blajar, tanpa tahu tujuan serta objective knapa saya kene keje....bkerje untuk dapat duit byk2 dan njoy!! alangkah sia2nya, masa dan usia kita di dunia.....tiada solid dalam amal...beramal untuk mnegjar habuan dunia...

JADI, apa yang kita nak tuai di akhirat???? Duit gaji??? Mata wang RM dah tak laku di sana...yang laku ialah mata wang pahala...Jika tidak kita beramal soleh saat ini,jika kita tidak tahu bkerja dan sehari2 kita hari ini sebenarnya sumber pahala kita, mampukah kita nak beramal dengan ikhlas pada ALLAH dan ikut Rasulullah SAW, apetah lagi mampukah kita nak kumpulkan mata wang pahala hasil amal soleh kita di dunia untuk dipersembahkan di hadapan ALLAH nanti...

Sudah tentu tidak! Sedangkan, nak masuk syurga pun perlu ada ticket amal soleh tadi.....


Diri serta sahabat, di Bumi mana pun kita berada, biarlah, kita tetap rasa kemanisan kebersamaan dengan ALLAH....sebusy mane hidup kita sehari2, carilah ruang dan peluang untuk beramal soleh, kerana setiap saat itu merupakan pahala.....


with love,
ifbt1





BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive