Bismillah….

Bicara itu cukup indah….

Pabila diwarnai dengan kata2 dari Al-Furqan….

Pelengkap setiap ceritera kehidupan…

Tentulah dengan penangan As-sunnah….

Tinggalan zaman berzaman….


Fanatic?

Apa yang kau faham tentang fanatic?

ALLAH bicarakan dalam Al-Hadid:20….

“Ketahuilah, sesungguhnya dunia itu hanya hiburan dan senda gurau, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan……”

Nah! Itulah dia!

fanatic dengan dunia....

Bagaimana?

Yang berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan....

Definisi jelas dari ALLAH….

Buat peringatan kita bersama…


Bunga itu mekar lagi….

Seluruh alam taat dengan ketenangannya….

Mendengar zikiran ayat2 ALLAH yang cukup indah….

Tatkala sang hamba hilang kebergantungan seketika….

Kesatuan hati dengan PENCIPTA adalah yang utama…

Terima kasih ALLAH kerana memberikan kami….

Al-Quran….


Salam Ramadhan buat semua…

-CRC,Hospital Ipoh-12.40 pm-


with love,
ifbt1



Bismillah....

weekend tiba lagi...Alhamdulillah...masa utk charge energy dan iman utk hari2 bkerja seterusnya...[iman patut kene charge tiap2 hari tau, bukan tunggu weekend sajee, isshh3]....ntah apesal, rase down jee bile poket tgah kosong nih..duit2 terbang dengan sekelip mata saja..mmbuatkan bnyak plan2 terpaksa difikir 1000 x utk proceed..huhu33..betullah tue, semua yang kita punya hari ini, bukan milik kita sepenuhnya....duit ALLAH beri, sebagai amanah....anak ALLAH beri sebagai amanah....mata, hati, telinga, ALLAH beri sebagai amanah.....semuanya milik ALLAH, and anytime ALLAH boleh ambil balik....

Pernah dengar satu kisah....
Satu hari seorang ibu ini sedang memandikan seorang anaknya, then tiba2 dia terdengar anaknya yang kedua menangis di luar mahukan susu, lalu ibu tersebut bergegas keluar mendapatkan anaknya yang kedua, lalu dimasaknya air untuk membuat susu utk anaknya itu..dalam kekalutan menyiapkan susu..tiba2 ibu tersebut terdengar dentuman kuat di luar, lalu bergegas keluar ke rumah..Di luar rumah kelihatan, anaknya yang ketiga terbaring di tengah jalan dilanggar kereta.Kelihatan anaknya itu tidak bernyawa lagi. Kesedihan kelihatan di raut wajah. Tiba2 teringat, anaknya yang sedang di bilik mandi..Bergegas dia berlari ke sana..Sesampai di sana, kelihatan anak itu sudah tidak bernyawa kelemasan. Kesedihan ibu itu sekali lagi. Teringat pula tiba2 ibu itu pada anak yang kedua. Bergegas dia ke dapur. Kelihatan anaknya yang kedua terbaring kelecuran dek kerna air panas tadi. Selang beberapa minit, nadi anak kedua tadi tidak bergerak lagi....Sahabat2 nak tahu ape reaksi ibu tadi????

Answer 1: Bunuh diri
Answer 2: Menangis, meraung sampai terpaksa dihantar ke hospital sakit jiwa...

hello!! Ini jawapan2 skema ok!! jawapan2 realiti yang selalu laah dibuat orang hari ini.

Tapi,buat ibu solehah ini, tiada setitik pun air mata yang jatuh..malah ibu tadi cakap dia redha dengan pemergian ketiga anak2nya, sebab anak2 itu semuanya milik dan hanya sekadar amanah ALLAH untuknya, dan sudah tiba masanya ALLAH ambil balik milikNYA, jadi dia REDHA....luar biasa hebatkan insan solehah ini..kalau kitalah???? [no answer for thiss..hu33]....macamana laah nak jadi sekuat kisah ibu tadi ye sahabat2..????

Jawapannya mudah....hubungan dengan ALLAH kena kuat..Kita hari ini, kalau ade masalah, first kita carik ialah.....sape2lah, yang bergelar manusia. Kita sering mahukan kekuatan dalam luar biasa dalam mmbuat keputusan, dalam mengharungi exam, dalam menghadapi ujian....kita fikir, dengan berkongsi cerita pada manusia, sahabat2, family dapat laah meringankan beban kita...memang betul..TAPI, lebih baik kalau kita mengadu dengan yang betul2 MAHA BERKUASA, kan lebih baik...kerana kekuatan itu ALLAH yang akan bagi....ALLAH berbicara dalam An'Nisaa': 39....

"...Semua kekuatan itu milik ALLAH "

Susahnya nak khusyuk..susahnya nak focus dalam ketaatan pada ALLAH..masalah yang kerap kali dibelenggu ramai....kata seorang sahabat, kena memaksa dan dipaksa..Kena paksalah diri itu, kena paksalah sahabat2 yang lain dalam menuju redha ALLAH..

Bagi saya, segala macam hal dlam hidup ini telah berlaku dengan paksaan..bermula masuk hostel masa form 1, jauh..kat kedah sana..itu bukan dipaksa! tapi, saya yang memaksa diri saya ke sana walau terpaksa berjauhan dengan family..gara2,jeless punye pasal kat kwan2 saya yang lain..lame2, im use to it...dan Alhamdulillah, sampai laah habis U pun saya boleh laa dok hostel..dan skarang, baru saje masuk alam pkerjaan..haihh2..mcam2..kene paksa diri g keje jugak tiap2 hari..walaupun hati tak brape nak ade d situ..dan skrang masih dlam proses mmaksa diri....

Jadi, kalau dlam hidup kita, hal2 duniawi kita boleh paksa utk jadi sebati....apetah lagi hal2 berkaitan dengan hubungan kita dengan ALLAH..Lagi kita kene paksa diri, dekat dengan ALLAH....macamana caranya????

ALLAH sangat memahami hamba2nya....ALLAH beri kita semangat untuk kita khusyuk ingat ALLAH....

'Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan'

(Surah Al-Muzzamil: 6)

Ayat di atas menjadi satu bukti manifestasi cinta ALLAH dan pengasih & penyayangnya ALLAH hingga sang hamba dapat merasakannya sebagai satu sumber kekuatan dan inspirasi yang mahu disampaikan oleh Tuhannya. Terima kasih ALLAH, kerna memberikan kami Al-Quran....Jadi, nikmat manakah lagi yang Engkau dustakan wahai manusia?

Al-Anbiyaa': 90 memaparkan tentang figur seorang hamba soleh, dinukirkan kisahnya dalam Al-Quran sebagai tauladan....

" Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami anugerahkan kepada nya Yahya dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu' kepada Kami"

Itulah kisah Nabi Zakaria!

with love,

ifbt1



Bismillah.......



sudah masuk Ramadhan ketiga hari ini... =) =) seronok je..dpt puasa kat rumah, makan sedap2 mama masak..kalau dok kat hostel, alamatnya makan kat dewan makan jee laa, takpun beli last2 minute sebelum azan Maghrib....Alhamdulillah..segala puji hanya untuk ALLAH =) =)
mase rehat tadi, sempat saya mlakukan sesi mini shopping..berjaya jugalah beli sehelai baju =)

[senyum laagi..@(^_______________^)@....]
Banyak nak cerita sbenarnya, trutama kisah si civic yg mmbuatkan diri ini bankrup terus!Takpelahh, lain kali, dan moga ALLAH permudahkan urusan saya dan kamu...Amin~~

_____________________________________________________________________________________

Salam Ramadhan buat semua.....@(^_^)@......

Moga Ramadhan kali ini memberikan berjuta erti buat sahabat dalam meraih redha sekaligus taqwa kepada Allah. Mungkin sebelum ini target tidak mencapai kerana kesibukan yg melampau, kerana ketidakseimbangan kita, maka, kembali la kpd fitrah ya.. saya sayang sahabat semua, dan nak jumpa di syurga kelak.. tibanya syawal nanti, bukan gembira kite kerana boleh makan lemang, leh main2 lagi, leh tidur puas2, leh mkn byk2, tp, kerana kita dah beroleh TAQWA dan kerana itulah bila kita bertemu ramai org2 islam pada hari raya, kita seronok kerana semua bertambah keimanan dan cahaya taqwa...makan lemang, bile2 masa pon boleh, nk makan rending? Hari2 biasa pon boleh? Yg seronoknye, kite berhari raya kerana kite dah Berjaya mencapai taqwa... kita mungkin tidak dapat capai tahun lepas, kita mungkin terlepas pandang tahun lepas, tapi kita tidak mungkin tidak punya niat & usaha yang tinggi ke arah itu..apalagi yg lebih berharga dari redha Allah dalam kita meniti ruang dunia ini? Di pelosok mana pon kita, kita tetap bersaudara atas keimanan.. ATAS KEIMANAN... itulah yg nak dihighlightkan, kita xpunye apa2 di dunia, apalagi di akhirat kelak... yg ada adalah amal... dan moga dengan ukhuwah kita, mampu membangkitkan keimanan yg tinggi kepada Allah utk jadi golongan Allah dan masuk syurga bersama Rasulullah....amin~~~
with love,
ifbt1



Bismillah.....


“Kecintaan Ku berhak dimiliki orang-orang yang saling mencintai di jalan Ku.

Kecintaan Ku berhak dimiliki orang-orang yang saling menyambung hubungan di jalan Ku.

Kecintaan Ku berhak dimiliki orang-orang yang saling menasihati di jalan Ku.

Dan kecintaan Ku berhak dimiliki orang-orang yang saling memberi (berkorban) di jalan Ku.

Orang-orang yang saling mencintai berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, hingga para nabi, orang-orang yang benar, dan para syuhada’ merasa iri dengan mereka.

[HR Ahmad dan Malik]

*

Cemburu bukan sebarang cemburu, para nabi, siddiqin dan syuhada’: mereka yang hebat di sisi Allah ni lah yang mencemburui mereka yang saling mencintai di jalan Allah!

*

Hilangkan rasa hasad dan benci walau atas apa sebab sekalipun, mari mari kita mula saling mencintai kerana Allah (dan muga kita akan menjadi super saiya kerana itu).

Kita mulakan Ramadhan kali ini dengan sebuah rasa Cinta di hati.


(blogger 2010)
Bismillah....

hatiku tiada di sini....itu yang boleh dirumuskan setelah habiskan sesi kerje slama sehari..bagiku, semuanya sudah terbaik ALLAH bagi....tapi, hatiku tetap di sunway..computer di dpan mata hanya dpandang sepi, sebab hati pun tak hadir bersama..hari inih ak dpeningkan dengan berita2 lain pulaa..YA ALLAH, bantulah aku dan tetapkanlah hatiku dalam membuat keputusan.. =( =(

Kata seorang sahabat solehah, hobi seorang muslim itu mengukuhkan hati.
Maka pelbagai cara digunakan untuk mencapai matlamat itu termasuklah lagu dan sebagainya..Bagi orang yang bermatlamatkan lagu, itulah yang dikejarnya sampai mati. Bagi orang yang bermatlamat mengukuhkan hati, ia lebih beruntung, kerana ia boleh mendengar lagu juga tetapi lagu itu hanyalah alat untuk menguatkan hatinya. Sebagai contoh, semakin ia mendengar suatu lagu, ia menambah rasa syukurnya kepada Tuhan. Kalau benar matlamatnya, tidak mustahil walaupun terdengar lagu rock pun boleh jadi jalan muhasabah!

kata seorang sahabat yang lain, hati seseorang Muslim yang disirami keimanan pada ALLAH semata, ibarat batu..tiada yang dapat bolak2 balikkan hatinya lagi untuk taat 100% pada ALLAH kecuali dengan izin ALLAH....

okeilaahh..ceritera tentang hati takkan ade penghujungnya....maka, marilah sama2 kita basahkan dan hidupkan kembali hati masing2 dengan zikrullah..serta ayat2 kalamullah....

'Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab Al Quran kepadamu dengan terperinci? Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahwa Al Quran itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu'

(Surah Al-An'aam: 114)


with love,
ifbt1

BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive