Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang =) =)


************************
Musim exam sekarang inih di Monash....Dapat dbayangkan perasaan dan keadaan time2 study week ini satu ketika dahulu [huru-hara!]..sye tak akan pernah miss that moments!!....Teringat lagi, jika merungut2 dah x larat study ke hape..mesti fmbt1 kate ,'belajar la lagi, jgan putus asa, kan Allah pandang setiap usaha kita, pastu setiap usaha itu, Allah bagi pula pahala, belajarlah sampai saat akhir, sebab nak kutip bnyak2 pahala, rugilah kalau tak rebut peluang ini...' Macam sweet je nasihat seorang rakan saya ini..[hee3]....Musim exam..juge boleh diequalkan dengan musim nasihat....

"weihh, bagi r nasihat kat aku..aku rasa dah nak tunggang terbalik dah nihh...''

''err....nasihat ape??"

begitulah selalunya....

Kata Allah dalam Adz-Dzaariyat: 55....

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang2 yang beriman"

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

so..lepas nih, kalau org mahukan nasihat....kte wajib kene bagi nasihat [hadis 7 rasenya: agama itu nasihah], nasihatlah ape sahaja [tak semestinya kena bagi solusi], lagi baik jika nasihat kita itu merupakan sesuatu yang boleh dekatkan diri sendiri dan sahabat kita itu dengan Allah....[baik! lepas nih tak boleh lari2 lagi ye, lol]

*************************

Setiap hari kumelihat orang sakit....Yang pelbagai jenis dan pelbagai pula tahap seriusnya..
Lemahnya makhluk yang bernama manusia ini...Sangat lemah!!....Dan Yang Maha Kuasa itulah ALLAH, Tuhan Pencipta segala....

Hanya, dengan satu gigitan nyamuk pun mampu untuk membunuh kita dengan izin Allah...

Hanya dengan berlakunya satu gene mutation pada organ badan menyebabkan habis seluruh sistem badan teraffected, dan kita sudah boleh diklasifikasikan sebagai pesakit, terminal ill....
semuanya berlaku dengan izin Allah....

Lemahnya juga manusia tatkala dia langsung tak mampu nak melindungi dan menyelamatkan orang yang dia sayang sekalipun
, jika sudah berlaku ketetapan Allah..

Manusia memang diciptakan bersifat lemah...tatakala hatinya sentiasa berbolak balik...kekadang gembira penuh ceria, kadangkala sedih kepiluan, kadangkala imannya di atas dan kadangkala di bawah pula...

Lemahnya manusia itu pabila dia tidak mampu membaca isi hati manusia lain, lagi2 ingin mngetahui kejujuran manusia yang lainnya..Kerna hanya YANG MAHA KUASA, yang berkuasa dalam mengetahui segala isi hati

Lemahnya manusia itu kerna ilmunya sangat2 lah terbatas jika dibandingkan dengan ilmu Allah..

Lemahnya manusia itu tatkala dia tak dapat tahu apa yang akan berlaku pada hari esoknya dan hari2 seterusnya....

Maka, kerna lemahnya manusia ini, dan sudah tentulah kita sesama manusia dan hamba ini juga tidak mampu untuk mengatasi lemahnya diri masing2. Hanya pada YANG MAHA KUASA, ALLAH, segala urusan dan kebergantungan diserahkan...Dekatkanlah diri sungguh2 dengan Allah....Apa sahaja, tanyailah dan ajaklah Allah bersama....


"Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal"

(At-Taubah:91)

"....Dan hanya kepada Allahlah dikembalikan segala urusan"

(Al-Anfal: 44)

**************************

Rasulullah SAW bersabda, ‘Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman.’

Mereka bertanya, ‘Siapa, ya Rasulullah?’

Beliau menjawab, ‘Orang yang tetangganya merasa tidak aman dari keburukannya’

(Muslim & Ahmad)

Tetangga..jiran yang tinggal berhampiran rumah kita..Itulah maksud tetangga yang sering kita tahu. Tetapi, konteks tetangga itu sendiri sebenarnya sangat meluas kerana ia juga boleh merujuk orang2 terdekat di sekeling kita termasuklah pada roomates, housemates, ahli keluarga, sahabat2 dan manusia keseluruhannya....

Misalnya, seorang yang suka mendengar lagu, dan sering memasang lagu sekuatnya di bilik, dan rakan sebiliknya yang sedang study terganggu...Dengan begitu, ia terkena hadis di atas.

Bayangkan juga seorang yang berjanji dengan temannya untuk pergi makan pada masa sekian2, tetapi, tepat pada masa sekian2, teman itu baru hendak solat dan membaca Al-Quran...Juga, ia terkena dengan hadis tersebut.

Bukankah kita tidak boleh memisahkan ibadah dan akhlak? Tanpa salah satu daripadanya maka tidak sempurna dan pasti ada cacat celanya amalan kita itu.


*****************************

with love,
ifbt1



BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive