Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang =) =)




Rindu ingin bertemu....
Sukar diungkap kata,
Bila masa itu dinanti,
ALLAH hanya mengetahui masa itu =) =)

rindu bangat pada sahabat2 semua2nya....huu3..walaupun mereka semua kadang2 macam2 jugalah....tapi, banyak yang kubelajar dari mereka....rupanya kematangan tidak mengenal usia....Kata seorang rakan kerja, petunjuk dan hidayah ALLAH itu datang dari arah yang kita tak sangka2....kadangkala, orang yang menenung sebuah buku nota pun membuatkan dia boleh lebih dekat dengan ALLAH...juga, kata2 orang kafir yang dah tentunya tiada imannya juga berupaya mengetuk pintu hati seorang Islam supaya lebih khusyuk mengingat ALLAH...walaupun percakapannya tidaklah berkaitan dengan religion pun....
Bertepatanlah dengan kata2 ALLAH dalam Surah Al-Qashah: 56

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk"

Ditambah pula dan sepatutnya, setiap apa yang kita lihat di sekeliling kita, pokok, kerusi, jam, laptop, hpone dan mcam2 lagi, sepatutnya dah boleh membuatkan kita dekat dan ingat pada PENCIPTA kita...kerna tentera2 ALLAH di mana2 sahaja...tapi, kadangkala, kita leka..dan kadangkala kita sedar tapi ambil tak peduli....tapi, itu adalah yang ALLAH izinkan kerana ALLAH tahu orang2 yang mahu menerima petunjukNYA...hurmm~

________________________________________________________________

character tauladan buat diri dan sahabat2 juga.....

Kata Anas bin Malik:

Rasulullah saw merupakan manusia yang paling berakhlak mulia, amat berlapang dada dan terlalu penyayang.

Suatu hari, baginda meminta saya pergi menyelesaikan satu urusan. Lalu saya pun keluar.

Sedangkan ketika itu saya pergi bermain dengan rakan sebaya saya di pasar. Maka saya tidak pergi ke tempat yang Rasulullah maksudkan.

Sesampainya saya ke tempat rakan-rakan saya, saya rasa ada orang berdiri di belakang saya dan dia memegang baju saya….

Saya pun berpaling, saya lihat Rasulullah tersenyum seraya berkata:

“Wahai Unais (panggilan manja Anas b Malik), adakah kamu telah pergi ke tempat yang saya suruh tadi?”

Saya rasa bersalah dan saya berkata:

“Baiklah. Saya akan pergi sekarang juga wahai Rasulullah.

Demi Allah!

Saya telah berkhidmat dengan Nabi saw selama 10 tahun. Tidak pernah sekali pun Rasulullah berkata:

“Mengapa kamu buat begitu…” jika saya melakukan sesuatu.

Apabila saya tidak melakukan sesuatu perkara, baginda juga tidak pernah berkata:

“Mengapa kamu tidak melakukannya…”

[Dr Abdul Rahman Ra'fat al-Basha, 65 Gambaran Kehidupan Sahabat Jilid 1]

(blogger, 2010)

__________________________________________________________________

"Ramahnya sikapmu pada teman-teman tidak menjamin seramah itu sikapmu terhadap ALLAH Sang Pencipta, adakah dirimu ramah dan senang bermanjaan dengan tuhanmu dengan dalam sujud dan solat malammu?"

kumenulis kerana ALLAH,

ifbt1






Kata Anas bin Malik:

Rasulullah saw merupakan manusia yang paling berakhlak mulia, amat berlapang dada dan terlalu penyayang.

Suatu hari, baginda meminta saya pergi menyelesaikan satu urusan. Lalu saya pun keluar.

Sedangkan ketika itu saya pergi bermain dengan rakan sebaya saya di pasar. Maka saya tidak pergi ke tempat yang Rasulullah maksudkan.

Sesampainya saya ke tempat rakan-rakan saya, saya rasa ada orang berdiri di belakang saya dan dia memegang baju saya….

Saya pun berpaling, saya lihat Rasulullah tersenyum seraya berkata:

“Wahai Unais (panggilan manja Anas b Malik), adakah kamu telah pergi ke tempat yang saya suruh tadi?”

Saya rasa bersalah dan saya berkata:

“Baiklah. Saya akan pergi sekarang juga wahai Rasulullah.”

Demi Allah!

Saya telah berkhidmat dengan Nabi saw selama 10 tahun. Tidak pernah sekali pun Rasulullah berkata:

“Mengapa kamu buat begitu…” jika saya melakukan sesuatu.

Apabila saya tidak melakukan sesuatu perkara, baginda juga tidak pernah berkata:

“Mengapa kamu tidak melakukannya…”

[Dr Abdul Rahman Ra'fat al-Basha, 65 Gambaran Kehidupan Sahabat Jilid 1]

*

Kita mahu umat ini sadar bahawa mereka lebih kita sayangi daripada diri sendiri.

Hanya jika mereka membenarkannya, sudah pasti mereka kita belai dan kita usapi dengan penuh kasih sayang.



BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive