Bismillah....

Alhamdulillah..segala puji hanya untuk ALLAH....hurm2..rasa dah barhabuk kot blog nihh, lame tak menuliss....fuhh2..

putus asa tiada dalam kamus jihadnya,
ALLAH mempunyai perancangan tersendiri....

hari nih nak share something....satu kisah yang ALLAH nukilkan dlam Al-Quran dalam surah Al-Maidah, ayat 78 dan 79..

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh (Al-Maidah:78)

Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan (Al-Maidah:79)

Dalam ayat 78, ALLAH mengkhabarkan pada kita semua, ALLAH melaknat Yahudi dari Bani Israel dalam kitab Zabur yang diturunkan pada nabi Daud dan kitab Taurat yang diturunkan pada nabi Isa...Kerana apa sahabat2????Kerana mereka menderhaka dan menceroboh...menderhaka??menceroboh???

Lantas ALLAH kecilkan lagi skop ciri2 orang2 Yahudi yang menderhaka dan menceroboh yg dilaknat ALLAH ini dalam ayat yang ke -79...iaitu kerana mereka x melarang sesama mereka dari perbuatan mungkar....nah!! Muhasabah sebaiknya ayat ALLAH ini..pertama kali ALLAH melaknat orang Yahudi Israel bukanlah kerana mereka ini berbunuhan, bukanlah kerana mereka melakukan kemungkaran lain, tapi kerana mereka tak cegah kemungkaran di depan mata.....

Sahabat,tengok saje diri sendiri dan orang sekeliling kita...kemungkaran berleluasa hari ini..usah dituding orang lain..diri sendiri pun, banyak sungguh bende2 jahiliyah yang masih tidak dbuang..d mana letakkannya ALLAH dalam hati kita???? adakah kita sudah benar2 letakkan ALLAH d atas kecintaan kita pada manusia, kerjaya, harta benda, anak2 dan sebagainya???? Jom kita buka lembaran kitab Al-Quran sekali lagi, yang menceritakan kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan ALLAH menyembelih anak sendiri, Nabi Ismail....anak kurniaan ALLAH yang dilahirkan tatkala Nabi Ibrahim sudah tua usianya, tatkala selepas bertahun2 berdoa dan memohon pada ALLAH untuk dapatkan cahaya mata..lepas itu, kene sembelih pula..Tatkala ini, iman Ibrahim teruji....

Tengok apa pilihan Ibrahim....ALLAH tetap di tempat yang teratas..cinta ALLAH tetap yang tertinggi dari cintanya pada anaknya...lalu, pembuktian cinta pada yang maha Esa dilaksanakan....
Percayalah sahabat, kerana cinta yang tinggi dan teragung hanya pada yang satu, ALLAH, ada orang yang berjuang dengan penuh kesenian di medan tempur untuk mendapatkan syahid dan redha-NYA.....

Berbalik pada ayat ke-79 Surah Al-Maidah tadi....suka nak ingatkan sekali lagi....orang Yahudi Israel itu pertama kali dilaknat kerna x mampu nak cegah kemungkaran....Jom kita ikuti rentetan peristiwa di sebalik ayat ini.....

Ada seorang Yahudi, melihat kawannya melakukan kemungkaran lalu menegur sahabat tersebut,tapi keesokan harinya kelihatan dua sahabat ini berpegangan tangan berjalan bersama, menandakan sahabat ini REDHA dengan apa yang kawannya semalam perbuat....

Hari ini..kemungkaran di depan mata...kadang2 yang perbuat kemungkaran adalah org2 terdekat..namun, tak mampu lagi untuk kita menegur lagi2 mencegah sendiri dengan tangan kita....tidak takutkah kita dilaknat ALLAH sepertimana kaum Yahudi bani Israel itu???? Nauzubillah....sama2lah kita fikir2kan....tugas kita, misi kita, sebab kita dturunkan di zaman yang penuh dengan jahiliyah ini, bukan saja2...tapi, ade urgensi besar yang perlu kita laksanakan....

'Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam' (Surah Al-An'am: 162)
with love,
intan


BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive