dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang =) =)
Message 16:33 31-05-2010
'Israel LAKNAT telang serang konvoi LL4Gaza di Perairan Gaza sekejap tadi, kapal Mavi Marvara telah ditembak dengan helikopter menyebabkan 3 syahid n 30 yang lain cedera, kapal terseut yang dinaiki olehrelawan kita. Mohon ALLAH bantu relawan di GAZA sekarang ini....IHZIMHUM WANSURNA A'LAIHIM....kirimkan doa buat saudara2 ku!!!!
__________________________________________________________________

dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang =) =)

Syumuliatul Islam.....
Islam mengajar kita tentang semua aspek kehidupan....
Tentulah cara yang diajar adalah yang terbaik.....
Untuk kebaikan dunia dan akhirat......
Rugilah bagi orang yang solat, puasa, baca Quran.....
tapi, pada sudut yang lain....
ia mengikut nafsu dan syaitan....
membazir dalam berbelanja, membuang masa dan etc.
apa yang tak diajar oleh Islam....
semua dibuat....
bila mahu berubah????

'tidak yakinkah kamu tentang janji ALLAH...sehingga boleh lagi kamu ambil peduli tentang pelbagai sudut duniawi untuk berubah, wahai manusia??
Kamu kata kamu mahu jadi orang yang bertaqwa, yang punya darjat tertinggi di sisi ALLAH....
kamu bilang kamu mahu masuk syurga, kamu mahu sangat berjumpa Rasulullah SAW,
baru2 ini kisah Mus'ab bin Umair telah mengetuk pintu hatimu untuk jadi sekuat, setabah dan seamanah Mus'ab...
kamu juga terlalu impikan untuk berjumpa dengan para sahabat Rasulullah, dan orang2 soleh di sana, kerana kau tahu merekalah teman2 yang terbaik....
kamu sangat2 rindukan untuk berjumpa dengan ALLAH, melihat wajah ALLAH....
kamu juga ada katakan kamu nak masuk syurga yang di sana, keadaannya jauh nyaman, aman, tenteram dan tenang dari kg halaman kamu di dunia,
kamu impikan ahli2 keluarga serta sahabat2 kamu juga bersama2 menikmati indahnya syurga....indahnya balasan utk org yang membuat kebaikan dan bertaqwa d sisi ALLAH....


tapi, kamu masih begini....

melakukan perkara yang datangkan kemurkaan ALLAH....
bila kamu mahu berubah wahai sang diri????
cuba kamu selongkari kisah Umar.....
menangis kerana takut dia tidak termasuk golongan ahli syurga.....
terus beramal dan beribadah pada ALLAH....
padahal dirinya sudah dijanjikan syurga...
tengok pula kisah Abdul Rahman bin Auf....
jutawan, sangat jutawan....
betapa kayanya beliau dgambarkan,
pabila unta pertamanya baru tiba ke Makkah,
unta terakhirnya masih di Madinah,
harta dunia mmbuatkan beliau menangis,
takut2 tidak dapat mencium bau syurga...
jom kita selongkari kisah Abdullah bin Ummi Maktum,
seorang pahlawan buta, punya semangat yang luar biasa,
akhirnya syahid, tatkala menentang Parsi,
seorang syuhada gugur,
dalam keadaan bendera perang Islam digenggam erat....
dalam pelukan....
kisah pahlawan mana lagi yang tak sampai padamu....
banyak yang telah kau dengar,
kau berazam nak warisi mereka,
kau ingin sekali bertemu mereka di syurga....
tapi, bagaimana amalanmu????
bagaimana keikhlasanmu????
[jawab dlam hati sendiri ye]....

Tiada cinta di hati ini, hanyalah cinta ALLAH
Tiada rindu , hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah,
Guru dan teman2 sentiasa dikasihi

with love,
ifbt1





dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang =) =)


bonsai - 27 May 2010-

"kene jaga pokok nih elok2 tau..kene bagi besar,tiap2 hari kene siram 2 kali, pagi dan petang, sebulan sekali kene letak satu biji baja..kalau dah besar, p kedai die n suruh org tue trim kalau tak tau...okeiii??..jangan bagi mati, pokok nihh ibarat kasih sayang anti...."

___________________________________________________________________

"Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia, hanya kepada-Nya aku bertawakal, Dia adalah Tuhan yang memiliki arasy yang Agung"

(Surah At-Taubah: 129)


regards,
ifbt1



dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang =) =)
tiada cinta di hatinya, hanyalah cinta ALLAH,
tiada rasa rindu, hanyalah untuk Rasulullah,
kasih dan sayang, hanyalah pada ibu ayah,
hormat-menghormati sesama insan berbudi,
guru dan teman2 sentiasa dikasihi,
itulah antara sifat anak2 yang soleh solehah..
___________________________________________________________________
malam yang sudah larut benar,
suasana tetap meriah ibarat siang hari,
kelihatan kaum muda,
memenuhi jalan2, buat menyemarakkan kegiatan malam,
dengan fashion dan gaya tersendiri,
hpone mahal2, kasut berjenama,
bau perfume mnyerbak..
shopping complex dibanjiri kaki pembuang masa,
kedengaran suara tertawa,jeritan,
nyaring sekali dari cyber2 cafe, kedai2 mamak..
GOAL!! makhluk2 d depan screen putih mlonjak2 gembira,
kebahagiaan abadi dcapai
dengan kemenangan manchester mungkin....
melihatkan ini, hari ini, saat ini,
teringat pada seseorang..
sayu sekali...,
melihatnya terbujur kaku,
berlumuran darah,
terkubur di tanah Uhud,
kakinya ditutupi rumput2 harum,
badannya hanya ditutupi sepetak kain wool....
siapa tak kenal syuhada Uhud,
'Mus'ab bin Umair'
rindu sekali ingin bertemu,
insyaALLAH...
peribadinya cukup luar biasa,
seorang yang sangat disayangi oleh ibunya,
pakaian mahal2 saja dpakai olehnya,
harum perfumenya menyebar ketika berjalan,
menjadi topic perbualan para wanita Makkah,
menjadi idola teman2 nya..
kerana ALLAH,
dia meninggalkan syurga dunia,
sanggup ditentang ibu sendiri,ahli keluarga..
redha ALLAH tetap menjadi pilihan....
'Mus'ab bin Umair'
beliaulah duta pertama,
dhantar Rasulullah ke bumi Yastrib,
menyebarkan kalimah tauhid di sana,
tanyalah....rumah mana yang x dikunjungi Mus'ab..
kalimah ALLAH tertegak d Yastrib....
sebelum kedatangan Rasulullah...
..Subhanallah..
Di bumi Uhud,
kemuncak kemuliaan hidup Mus'ab,
beliaulah pemegang tiang bendera perang,
d saat pasukannya berpecah belah mengejar harta dunia,
dia berdiri tegap memegang bendera perang,
amanah Rasulullah...
si musuh, Ibn Qaami'ah..
memotong tangan kanannya,
tetap Mus'ab teguh memegang panji islam,
dengan tangan kirinya pula,
tatkala tangan kirinya dpotong,
bendera perang tetap dpertahankan,
dengan lengan atas,
dengan dadanya....
sambil berkata,
' Dan sungguh Muhammad SAW itu adalah seorang nabi, dan nabi-nabi telah meninggal sebelumku',
lalu si durjana kafir seterusnya datang,
menjunam tombak ke dadanya..
gugurlah seorang mujahid Islam....
'Mus'ab bin Umair'....
antara syuhada ALLAH di hari kebangkitan....
__________________________________________________________________
with love,
ifbt1
(lab comp-13:18pm-)

Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang =) =)

Assalamualaikum..sesungguhnya ucapan salam itu saling ducapkan oleh penghuni2 syurga....boleh imagine di sana tiada perkataan yang buruk2, tiada hasad dengki, tiada

lame rasenye tak menuliss d blog ini, walaupun mcam takde ideaa nak tuliss ape, tapi mcam tak best pule kalau tak menuliss...haiishh3....

penat betul hari ini..travel2 ngan yaya..dapat juga kami rase pengalaman berhimpit2 dlam train bersama org2 yang baru blik dri kerje..huh~dasyat sekali sehingga sempat terlepas satu train ke subang....

dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang =) =)


"Anakku, lakukanlah apa yang disukai ALLAH, sekalipun hal itu amat berat bagimu atau engkau tidak menyukainya. Tinggalkan apa yang dibenci ALLAH sekalipun engkau amat menyukainya, Nescaya engkau akan selamat dunia dan akhirat. Lihatlah apa yang membawa dirimu kepada kebaikan. Lalu pertahankanlah sekalipun ia dinilai tidak baik oleh manusia banyak. Lihatlah apa yang membawamu kepada keburukan, lalu tinggalkanlah, sekalipun ia dipandang baik oleh kebanyakan manusia'

(Salamah bin Dinar)

________________________________________________________________

moga ALLAH permudahkan segala urusan saya dan kamu....Amin..

regard,

ifbt1

-monash lab com 5th floor-


dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang =)=)

Nabi Muhammad SAW berkata:

“Seseorang yang berjalan di jalan menuntut ilmu, di masa yang sama ALLAH menjadikannya berjalan menuju Syurga. Dan sesungguhnya para malaikat mengembangkan sayap mereka untuk para penuntut ilmu dengan perasaan gembira. Sesungguhnya setiap makhluk di langit dan di bumi meminta ampun untuk penuntut ilmu, termasuklah ikan di laut. Kemuliaan orang yang berilmu di atas orang yang taat (abid) adalah seperti mulianya bulan di atas bintang-bintang di malam bulan penuh. Yang berlmu adalah pewaris para Nabi, kerana para Nabi tidak meninggalkan warisan harta tetapi ilmu. Maka sesiapa yang mengambil bahagian akan mendapat manfaat yang banyak.

[Al-Kulayni, al-Kafi, jilid 1, kitab fadl al-'ilm, Hadith]


BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive