Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal..Allah izinkan saya utk menemui lagi Ramadhan, mengimarahkannya bersama zauj & Anak-anak tercinta.

Mashaallah, Ramadhan Kali ini jelas rasa keletihannya & teruji sabarnya dgn ragam Anak-anak solehah ummi..Bermula awal Ramadhan, setelah setahun mempunyai pembantu yg menguruskan rumah, namun baru sahaja memasuki awal Ramadhan, pembntu meminta cuti sepanjang Ramadhan. Marah, geram, kelam-kabut n semuanya bercampur-baur..Allah....

Ummi tahu,
Allah ingin mendidik Ummi lebih kuat, tegar, dan lebih baik pengurusannya dan lebih bagus berdikarinya macam Mama. Boleh besarkan anak2 dengan baik & pengurusan rumah yang tiptop, tanpa pembantu, mashaallah

Ramadhan bersama anak-anak terasa cabarannya terutama solat isyak & terawih. Ummi juga perhatikan anak2 mutarabbi Ummi yang baru sahaja mendapat bayi & punyai anak2 yg kecil juga punyai masalah yg sama. Anak tidak mahu berjauhan dengan ibu, kerap menangis, dan sudah pasti keadaannya tdk sama sewaktu mereka sdg single. Tetapi mashaallah mujahadah dan kasih sayang mereka ini cukup saya kagumi..

Ini 2 org princess pengarang jantung Ummi. Banyak sgt mereka menceriakan hari Ummi dan abi, tidak kurang ada masa2 nya buatkan Ummi STRESS.. haha..Namun, sayang pada mereka ini tidak pernah pudar. Moga Allah lindungi lah anak2 kesayangan Ummi ini.. Inshaallah.




BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive