Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang =) =)



Banyak ketawa itu tanda hati yang gelap dan mati. Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda “Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati”. Jadi apa yang kita perlu lakukan untuk elakkan banyak ketawa? Solusinya ialah kita perlu perbanyakkan menangis dan ingat azab Allah. InsyaAllah jiwa akan lebih tenang dan diri akan lebih terkawal.

Dari Anas r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. berkhutbah, tidak pernah aku mendengar suatu khutbah pun yang semacam itu -kerana amat menakutkan. Baginda s.a.w. bersabda: “Andaikata engkau semua dapat mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu semua akan ketawa sedikit dan menangis banyak.” Anas berkata: “Maka para sahabat Rasulullah s.a.w. sama menutupi mukanya sendiri-sendiri dan mereka itu menangis terisak-isak.” (Muttafaq ‘alaih)

Cara yang terbaik ialah dengan mengingati ayat-ayat Allah serta azab-Nya. Atau lebih mudah, kita perbanyakkan mengingati mati (tapi ia tak bermakna kita perlu tinggal dunia terus). “dan berusahalah seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah seolah-olah engkau akan mati keesokan harinya”.

Allah Ta’ala berfirman
“Adakah dari pembicaraan – al-Quran – kamu takjub dan ketawa dan tidak menangis?”
(an-Najm 53: 59-60)

Sekadar berkongsi agar kita sama-sama dapat berubah. Diri ini juga terlalu banyak kelemahan. Mohon agar dapat sama-sama berdoa…

(anynomous blogger 2010)





BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive