Alhamdulillah..Segala puji hanya bagi Allah, diberikan saya seorang lagi kekasih hati yang juga seorang perempuan. Jika dulu, saya Dan abi (zauj) hanya ada seorang puteri bernama Anis Sumayyah, kini Allah memberikan seorang lagi Puteri, yg juga merupakan amanah Allah buat saya Dan zauj tercinta. Namanya Maryam Rumaisok

MashaAllah, kelahiran Rumaisok sangat pantas. Contraction yg dtg pada jam 3 pagi, 26 Mac 2015, contraction makin kuat menjelang subuh. Sempat saya solat subuh jemaah bersama zauj DLM keadaan menahan sakit. Ketika ITU kami sdh standby di hotel hospital dengan Sumayyah Dan seorang lagi adik saya, Naz (in case nak bersalin dari tgh malam ke subuh, dia boleh jagakan Sumayyah sementara abi masuk labour room) sejak tengah malam tadi memandangkan bukaan sudah 4cm walaupun masih tdk merasai kesakitan kontraksi. Jam 8 lebih, saya masuk labour room, jam 9.46am, lahirlah Rumaisok. Dengan kehadiran Abi di sisi, mashaAllah saya rasa lebih kuat untuk menghadapi kelahiran. Abi seorang yang tenang dan cuba mendalami keadaan kesakitan saya, tetapi tidak sampai mengikut emosi. Ada sesetengah org, apabila isterinya sakit, suami sekali sakit2 :p sampai akhirnya kedua-duanya jatuh sakit! Terima kasih Allah..

Terima kasih naz, standby dari tghmalam-subuh (LPs solat subuh, Naz ada fieldwork, Naz dtg semula tengahari tu). Terima kasih juga pd Kawan saya, Harisya kerana dtg menjaga Sumayyah di wad hospital Dari pagi-tengahari (kerana kena kerja jam 12) sementara saya Dan Zauj dalam labour room. MashaAllah, kita hanya merancang, tetapi Allah sebaik-baik perancang. Terima kasih juga kepada Abi kerana bersama saya saat susah Dan senang..Namun, kebaikan2 mereka INI semuanya sudah tentunya kerana kasih sayang Dan rahmat Allah.
Alhamdulillah 'Ala kulli Hal..


My Adorable Sumayyah & Rumaisok.

Minta DOA Dari semua, moga Sumayyah Dan Rumaisok membesar sihat, Dan menjadi dai'eah hafizah pencinta Al-Quran yang menyumbang kepada agama, keluarga, bangsa Dan negara. Ameen.





BTemplates.com

Popular Posts