Tidak serius dalam beramal" Itulah masalah kita hari ini. Mungkin kita memilih untuk meletakkan keseriusan pada kerjaya, juga pada hal-hal yang keuntungan hasilnya dapat digapai dalam tempoh yang pantas, tetapi tidak pada perkara yang kemenangan dirasakan jauh lagi. Tiada usaha ke arah itu, atau mungkin ada usaha tetapi kurang serius, hasilnya? Kita masih di takuk lama. Orang beramal, kita juga beramal,tetapi adakah sama nilai amal mahupun usaha kita di pandangan mata Allah berbanding dia yang seriusnya melebihi kita.

Mari kita susuri perjalanan dakwah Abdul Fattah Abu Ismail, salah seorang pengikut Imam Hasan Al Banna yang sentiasa menjalankan tugas dakwahnya tanpa apa-apa keluhan walau sedikitpun.

Dialah yang disebutkan oleh Imam Hasan Al Banna di dalam Risalah Muktamar Kelima sebagai berikut :

“Sedikit sekali orang yang tahu ketika salah seorang pendakwah Ikhwan keluar dari tempat kerjanya pada hari Khamis petang, tiba-tiba sudah berceramah di Al Minya pada waktu Isya’. Di hari Jumaat ia menyampaikan khutbah di Manfaluth, Jumaat petangnya pula berceramah di Asyut dan setelah Isya’pada hari itu ia sudah berdakwah di Suhaaj. Kemudian ia kembali pada kebiasaannya iaitu pagi-pagi buta di hari berikutnya ia sudah berada di tempat kerjanya di Kaherah mendahului pekerja-pekerja lain.

Empat pertemuan besar di berbagai kota yang berjauhan mampu dijangkau oleh seorang pendakwah Ikhwan dalam waktu tiga puluh (30) jam, lalu ia kembali ke rumahnya dengan jiwa yang tenang dan hati yang damai seraya memanjatkan pujian ke hadhrat Allah atas taufiq yang dianugerahkan kepadanya dan tidak ada yang mengetahui perkara itu kecuali mereka yang mendengarnya.”

Dalam kisah ini, kita lihat bagaimana beliau sentiasa berpindah dari satu kota ke kota yang lain untuk menunaikan amanah dakwah dan setelah beliau menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya, ia merupakan orang yang pertama sekali tiba ke tempat kerjanya malah, ia yang membukakan pintu pagarnya.

Suatu ketika ia pernah mengalami keletihan hingga tertidur di atas sofa di rumah Zainab Al-Ghazali semasa beliau diutus untuk berbincang dengannya.

Melihat keadaan tubuhnya yang keletihan dan kepenatan itu, tuan rumah membiarkan tetamunya tertidur sampai ia terjaga.

Setelah menyampaikan amanah untuk Zainab Al Ghazali, Abdul Fattah Abu Ismail meminta izin untuk bergegas ke kota lain pula. Disebabkan keletihan yang dialaminya, Zainab Al Ghazali menghulurkan wang untuk beliau naik teksi.

Abdul Fattah Abu Ismail mengembalikan wang tersebut sambil mengatakan :

Dakwah ini tidak akan dapat dipikul oleh orang-orang yang manja.”

Zainab pun menjawab,

“Saya sering ke mana-mana dengan teksi dan kereta-kereta mewah, tapi saya tetap dapat memikul dakwah ini dan saya pun tidak menjadi orang yang manja terhadap dakwah. Oleh itu, gunakanlah wang ini, tubuhmu letih dan engkau memerlukan istirehat sejenak.”

Ia pun menjawab,

“Berbahagialah ibu. Ibu telah berjaya menghadapi ujian Allah swt berupa kenikmatan-kenikmatan itu, namun, saya khuatir saya tidak dapat menghadapinya sebagaimana sikap ibu. Terima kasih di atas kebaikan ibu. Biarlah saya naik kenderaan awam sahaja.”

Nah!Inilah karakter orang yang serius dalam amalnya!




Align Center

Tidak serius dalam beramal" Itulah masalah kita hari ini. Mungkin kita memilih untuk meletakkan keseriusan pada kerjaya, juga pada hal-hal yang keuntungan hasilnya dapat digapai dalam tempoh yang pantas, tetapi tidak pada perkara yang kemenangan dirasakan jauh lagi. Tiada usaha ke arah itu, atau mungkin ada usaha tetapi kurang serius, hasilnya? Kita masih di takuk lama. Orang beramal, kita juga beramal,tetapi adakah sama nilai amal mahupun usaha kita di pandangan mata Allah berbanding dia yang

BTemplates.com

Categories

Popular Posts

Blog Archive